‘Yakini Lokal’ Kekal Menjadi Keutamaan PJ City Musim Ini Untuk Terus Mencabar Liga Malaysia

Petaling Jaya City terus berpegang teguh dengan prinsip mereka sejak musim lalu untuk mengekalkan para pemain tempatan sahaja dalam pasukan engan terbaharu menandatangani tujuh pemain untuk dibawa bersaing dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M).

Pemain tempatan yang menyertai pasukan ini terdiri daripada dua bekas pemain Negeri Sembilan dan masing-masing satu daripada Terengganu, UiTM FC, Johor Darul Takzim, Selangor, serta Penang yang akan memperkuatkan setiap posisi masing-masing untuk PJ City.

Pada musim ini, skuad The Phoenix menyasarkan untuk berada dalam kedudukan lima pasukan terbaik Liga Super telah mengikat penjaga gol Muhammad Arif Mohd Sukri, Aron Kumar (pertahanan), Mohamad Nasir Basharudin (tengah), S Kumaahran (penyerang), Marcus Mah (tengah), R Barathkumar (tengah) dan A Shivan Pillay (pertahanan tengah).

Ketika ditanya oleh Berita Harian atas sebab beliau yang dilihat seolah-olah memperkukuh barisan pertahanan pasukan, pengendali PJ City, P Maniam menjelaskan dengan kehadiran Kumaahran mampu untuk menstabilkan bahagian pertahanan dan serangan berdasarkan corak permainan serba boleh pemain tersebut.

“Kumaahran adalah pemain penyerang dan dalam pasukan kita ada Mahalli (Jasuli), Khyril Muhymeen (Zambri), Darren (Lok), dan pemain muda Sunil, Ruhindren dan Syahmi (Zamri). Dia (Kumaahran) boleh membantu bahagian serangan pasukan,” katanya pada sidang media majlis mengumumkan pemain pasukan bagi musim 2022 semalam.

Dalam masa sama, Mohammad Nasir memberitahu mengenai kualiti pemain dan kejurulatihan yang ada dalam PJ City membuatkan beliau terdorong untuk memilih kelab berkenaan dan yakin akan kemampuan dirinya membantu kelab berkenaan mencapaai sesuatu yang positif musim ini.

“Saya dapat dua tawaran yang lain tapi memang saya memilih untuk ke PJ City atas sebab untuk cuba cabaran baharu tanpa pemain import dan dibarisi pemain lokal.

“Saya juga akan dapatkan balik momentum permainan untuk saya mencuba dapatkan kembali slot ke pasukan kebangsaan semula,” katanya.

Ujian pertama PJ City menjelang aksi liga yang akan bermula pada 5 Mac ini adalah pasukan Melaka United. Sebelum itu, pasukan ini juga berjaya melanjutkan kontrak kepada pemain yang meneyrlah bersama skuad kebangsaan di saingan AFF 2020, M Kogileswaran bagi musim ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN