Lewandowski, Tuchel & Ronaldo Antara Individu Menangi Anugerah Di FIFA Best

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dan Emma Hayes, telah dinamakan sebagai jurulatih terbaik di dunia di majlis FIFA Best Awards yang berlangsung di Switzerland. Ini bermakna Chelsea kini memiliki dua jurulatih terbaik dunia – masing-masing untuk skuad lelaki dan wanita.

Manakala untuk kategori pemain terbaik, seperti dijangka penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski dengan mudah mengetepikan pencabar lain seperti Lionel Messi dan Mohamed Salah. Pemain tengah Barcelona, Alexia Putellas meraih anugerah individu berprestij itu untuk kategori wanita.

Bintang Manchester United dan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo pula memenangi Anugerah Khas Best FIFA.

Edouard Mendy pula diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik dunia, tatkala Christiane Endler yang beraksi bersama Olympique Lyonnais memenangi kategori wanita.

Anugerah Puskas pulah dimenangi oleh Erik Lamela selepas pemain itu menghasilkan gol rabona dalam perlawanan derbi menentang Arsenal. Ini bermakna untuk dua tahun berturut-turut pemain Tottenham memenangi anugerah Puskas selepas ianya turut menjadi milik Son Heung-min pada musim lalu.

Semua pencapaian untuk anugerah Best FIFA Awards ini telah dinilai untuk prestasi di antara Oktober 2020 sehingga Ogis 2021.

Pencapaian luar biasa Lewandowski

Lewandowski sekali lagi mengecewakan Mohamed Salah dan penyokong Liverpool yang terus kempunan melihat bintang dari Merseyside meraih gelaran berprestij kategori individu di dalam bola sepak ini, apabila memenanginya untuk dua musim berturut-turut.

Di dalam tempoh penilaian, Lewandowski telah memecah rekod 49 tahun milik Gerd Muller yang menjaringkan 41 gol semusim di Bundesliga.

Lewandowski juga menjaringkan 22% lebih banyak gol (bukan penalti) daripada mana-mana pemain di Eropah, dengan purata 1.21 gol untuk setiap 90 minit perlawanan.

Prestasi luar biasa Lewandowski membantu Bayern Munich menjuarai Bundesliga buat kali ke-30, selain kejuaraan DFL-Supercup, UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup champions dalam tempoh yang sama.

Keajaiban Tuchel bangkitkan Chelsea

Sentuhan Tuchel yang berjaya membangkitkan Chelsea pada musim lalu turut mendapat pengiktirafan badan dunia itu.

Pengendali dari Jermain itu membantu chelsea menjuarai UEFA Champions League (UCL) selepas menewaskan seteru Premier League, Manchester City dengan jaringan 1-0 di perlawanan akhir.

Chelsea turut memenangi perlawanan UEFA Super Cup di bawah kendalian Tuchel, selain berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA musim lalu, tetapi dikecewakan Leicester dengan jaringan 1-0.

FIFA Fair Play

Pasukan kebangsaan Denmark dan pasukan medikal mereka turut memenangi Anugerah FIFA Fair Play selepas insiden serangan jantung melibatkan Christian Eriksen dallam perlawanan menentang Finland di Euro 2020 pada 12 Jun tahun lalu.

Penyokong Denmark dan Finland turut dinamakan sebagai penyokong terbaik di majlis Anugerah Best FIFA Awards untuk peranan mereka ketika insiden tersebut berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN