Best FIFA Awards: Siapakah Yang Diundi Oleh Wakil Malaysia?

Anugerah FIFA Best (Best FIFA Awards) bertujuan memberi penghargaan kepada pemain, jurulatih dan tidak dilupakan peminat samada lelaki atau wanita yang telah menabur bakti dalam dunia bola sepak.

Antara anugerah yang dipertandingkan di The Best FIFA adalah pemain bola sepak lelaki/wanita terbaik, jurulatih lelaki/wanita terbaik, penjaga gol lelaki/wanita terbaik dan termasuklah anugerah PUSKAS bagi gol terbaik.

Untuk memilih pemenang, FIFA sebagai badan bola sepak dunia akan membuka undian untuk pemenang kategori-kategori utama.

Anugerah Pemain Terbaik FIFA

Untuk Anugerah Pemain Terbaik Lelaki misalnya, ketua jurulatih, kapten pasukan setiap ahli gabungan dan media diberikan peranan untuk mengundi pilihan terbaik masing-masing.

Untuk undian daripada Malaysia, kita hanya mempunyai dua wakil pada tahun ini iaitu Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan pada ketika itu dan Aidil Zafuan sebagai kapten pasukan. Tiada wakil media daripada Malaysia untuk undian kali ini.

Untuk undian kali ini Tan Cheng Hoe memilih pemenang UEFA Champions League dan Euro 2020, Jorginho sebagai pilihan pertama. Ia diikuti oleh Robert Lewandowski dan Lionel Messi.

Aidil pula memiliki pilihan sedikit berbeza apabila meletakkan Lewandowski sebagai pilihan pertama diikuti oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA

Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy pula dipilih sebagai penjaga gol terbaik FIFA melalui hasil undian kali ini.

Siapakah penjaga gol pilihan Tan Cheng Hoe dan Aidil Zafuan untuk anugerah ini?

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh FIFA, bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu telah memilih penjaga gol Paris Saint-Germain, Gianluigi Donnarumma sebagai penjaga gol terbaik.

Penjaga gol Brazil dan Liverpool, Alisson Becker pula merupakan pilihan kedua dan pemenang sebenar anugerah, Edouard Mendy sekadar menjadi pilihan ketiga Tan Cheng Hoe.

Kapten pasukan, Aidil Zafuan pula memilih penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer sebagai pilihan pertama, diikuti oleh Donnarumma dan Alisson. Tiada nama Edouard Mendy berada di dalam pilihan Aidil.

Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA

Thomas Tuchel telah diangkat sebagai jurulatih terbaik FIFA pada tahun ini. Siapakah jurulatih terbaik pilihan dari Malaysia?

Bagi kategori Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA pula, pilihan Tan Cheng Hoe dan Aidil hampir serupa.

Tan Cheng Hoe meletakkan pengendali Itali, Roberto Mancini sebagai pilihan pertama diikuti Thomas Tuchel dan Pep Guardiola.

Seperti Tan Cheng Hoe, Aidil juga meletakkan Roberto Mancini sebagai pilihan pertama tetapi kapten Malaysia itu memilih Pep Guardiola sebagai pilihan kedua dan Thomas Tuchel sebagai pilihan ketiga.

Rumusan

Berdasarkan pilihan Tan Cheng Hoe, bolehkah kita merumuskan bekas jurulatih skuad kebangsaan itu sebenarnya adalah peminat pasukan Itali?

Jika diperhatikan, kesemua pilihan utama Tan Cheng Hoe untuk setiap kategori berkaitann dengan skuad Azzurri.

Aidil pula lebih rawak dalam pilihannya, dan keputusan memilih Robert Lewandowski sebagai pemain terbaik FIFA pada tahun ini adalah bertepatan dengan pilihan majoriti pengundi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN