Setanding Coutinho, Xherdan Shaqiri Jadi Watak Penting Untuk Liverpool Musim Ini

Persembahan memukau yang dipamerkan pemain tengah baru Liverpool, Xherdan Shaqiri dalam aksi menentang Red Star Belgrade awal pagi tadi telah memberikan isyarat positif kepada pasukan.

Antara individu yang tampil memberikan pujian ialah bekas penyerang The Reds, Neil Mellor.

Beliau mengakui bangga dengan aksi yang dipamerkan Shaqiri dalam usaha membantu kemenangan pasukan, walaupun pemain itu tidak menjaringkan gol.

“Saya sangat meminati Shaqiri. Apa agaknya penyokong Liverpool fikirkan mengenai beliau ketika kelab berusaha membelinya dari Stoke pada musim panas lalu.”

Xherdan Shaqiri and Mohamed Salah celebrate during Liverpool FC v Huddersfield Town

“Dia memiliki kemampuan kreatif dikawasan akhir serangan untuk menembusi benteng pertahanan.”

“Beliau melakukan perkara sama ketika menentang Huddersfield dengan menghasilkan bantuan gol.” jelas Mellor menerusi Talksport.

Selain menyamakan Shaqiri dengan bekas pemain Philippe Coutinho, Mellor turut berkata, pemain Switzeland itu mampu mempunyai kualiti mencukupi untuk menggantikan bintang Brazil yang berhijrah ke Barcelona pada musim lalu itu.

Shaqiri adalah watak penting

Mellor turut menggangap Shaqiri adalah watak penting dan berperanan membantu Liverpool meraih kemenangan dalam perlawanan musim ini.

“Sejak tanpa Coutinho, Liverpool tidak mempunyai pemain kreatif seperti itu di bahagian tengah.”

“Kaita sememangnya tahu tentang tiga pemain dihadapan hadapan dan mereka akan menjaringkan banyak gol.”


“Tetapi, jika anda memiliki seorang pemain yang kreatif di belakang, ia dapat melakukanya perbezaan yang besar.”

Mellor memberikan contoh Adam Lallana yang sebelum ini berada diposisi tersebut.

“Adam Lallana adalah pemain itu tetapi sayangnya kecederaan yang dialaminya telah menggangu waktu permainannya.

“Jadi, kedatangan Shaqiri mampu membuat perubahan besar dalam permainan dimana pasukan akan mengatur dan mengatakan ‘datang dan hancurkan kami’.”

“Seseorang seperti Shaqiri adalah penentu dalam permainan yang lebih sukar,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN