Persembahan memukau yang dipamerkan pemain tengah baru Liverpool, Xherdan Shaqiri dalam aksi menentang Red Star Belgrade awal pagi tadi telah memberikan isyarat positif kepada pasukan.
Antara individu yang tampil memberikan pujian ialah bekas penyerang The Reds, Neil Mellor.
Beliau mengakui bangga dengan aksi yang dipamerkan Shaqiri dalam usaha membantu kemenangan pasukan, walaupun pemain itu tidak menjaringkan gol.
“Saya sangat meminati Shaqiri. Apa agaknya penyokong Liverpool fikirkan mengenai beliau ketika kelab berusaha membelinya dari Stoke pada musim panas lalu.”
“Dia memiliki kemampuan kreatif dikawasan akhir serangan untuk menembusi benteng pertahanan.”
“Beliau melakukan perkara sama ketika menentang Huddersfield dengan menghasilkan bantuan gol.” jelas Mellor menerusi Talksport.
Selain menyamakan Shaqiri dengan bekas pemain Philippe Coutinho, Mellor turut berkata, pemain Switzeland itu mampu mempunyai kualiti mencukupi untuk menggantikan bintang Brazil yang berhijrah ke Barcelona pada musim lalu itu.
Shaqiri adalah watak penting
Mellor turut menggangap Shaqiri adalah watak penting dan berperanan membantu Liverpool meraih kemenangan dalam perlawanan musim ini.
“Sejak tanpa Coutinho, Liverpool tidak mempunyai pemain kreatif seperti itu di bahagian tengah.”
“Kaita sememangnya tahu tentang tiga pemain dihadapan hadapan dan mereka akan menjaringkan banyak gol.”
“Tetapi, jika anda memiliki seorang pemain yang kreatif di belakang, ia dapat melakukanya perbezaan yang besar.”
Mellor memberikan contoh Adam Lallana yang sebelum ini berada diposisi tersebut.
“Adam Lallana adalah pemain itu tetapi sayangnya kecederaan yang dialaminya telah menggangu waktu permainannya.
“Jadi, kedatangan Shaqiri mampu membuat perubahan besar dalam permainan dimana pasukan akan mengatur dan mengatakan ‘datang dan hancurkan kami’.”
“Seseorang seperti Shaqiri adalah penentu dalam permainan yang lebih sukar,” tambah beliau lagi.