Xherdan Shaqiri Tidak Sertai Skuad Liverpool Ke Serbia

Xherdan Shaqiri terpaksa tidak menyertai rombongan kelabnya ke Belgrade, Serbia untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah. Perkara ini disahkan sendiri oleh pengurus Liverpool, Juergen Klopp.

Red Star Belgrade bakal melayani kunjungan Liverpool dalam perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi nanti.

Gangguan?

Menurut Juergen Klopp, tindakan beliau tidak membawa Xherdan Shaqiri ke Belgrade ialah disebabkan mereka mendapat informasi mengenai penerimaan terhadap pemain tersebut oleh penyokong pasukan lawan.

Klopp dan Liverpool menuntut fokus 100% dari pemain-pemain mereka terhadap bola sepak dan bukannya perkara lain  yang boleh menjejaskan fokus mereka ketika berada di ibu kota Serbia itu.

Klopp sendiri sudah pun menerangkan tindakan beliau kepada Shaqiri. Mujurlah pemain tersebut memahami dan menghormati tindakan kelab.

Kontroversi Piala Dunia

KALININGRAD, RUSSIA – JUNE 22: Xherdan Shaqiri of Switzerland celebrates after scoring his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Serbia and Switzerland. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Nama Xherdan Shaqiri menjadi bualan masyarakat Serbia kerana keraian kontroversi semasa Piala Dunia lalu. Beliau meraikan dengan membuat lambang helang seperti yang ada pada bendera Albania.

Pada ketika itu, Shaqiri menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Switzerland menumbangkan Serbia dalam perlawanan Kumpulan E.

Shaqiri ialah pemain berketurunan Albania tetapi menyarung jersi Switzerland. Malah, semasa pergolakan di rantau Balkan pada awal 1990-an, bapanya sendiri dipenjara oleh pihak berkuasa Yugoslavia pada ketika itu.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Kemudiannya, Shaqiri bersama ahli keluarganya berhijrah ke Switzerland dan mencari rezeki di sana.

Sasaran cemuhan penyokong

Sekiranya Shaqiri dibawa ke Belgrade dan beraksi menentang Red Star, sudah pasti beliau akan menjadi sasaran ejekan dan cemuhan penyokong tuan rumah. Tambah merisaukan, provokasi berunsur keganasan berpotensi untuk disasarkan kepada pemain tersebut.

Sekurang-kurangnya perkara sebegini harus menjadi iktibar. Pemain bola sepak mesti mengawal emosi dalam isu berkaitan geopolitik supaya tidak meninggalkan kesan kepada orang lain.

Bak kata pepatah, orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN