ABK18: Safawi Rasid Dinobat MVP, JDT Dominasi 9 Kategori Pencalonan

Bintang JDT dan pemain pasukan kebangsaan, Safawi Rasid merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) di Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18).

Majlis penuh gilang gemilang untuk mengiktiraf mereka yang terlibat di dalam industri bola sepak negara secara langsung itu diadakan di Pullman Hotel, Bangsar pada malam tadi.

Safawi Rasid, Pemain Tengah Terbaik ABK 2018.

Selain dinobatkan dengan anugerah MVP, anak jati Terengganu ini juga turut dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Majlis ABK18 itu juga menyaksikan kelab yang diwakili oleh Safawi, JDT mendominasi pelbagai anugerah yang lain.

Rakan sepasukan yang juga merupakan penjaga gol, Farizal Marlias menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik, manakala pemain tengah dari Singapura, Harris Harun dinobatkan sebagai Pemain ASEAN Terbaik.

Farizal Marlias di ABK 18.

JDT turut memenangi empat hadiah lain termasuk Pasukan Terbaik, Penyokong Terbaik, Media Sosial Terbaik dan Laman Web Terbaik.

Kejayaan Safawi memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai juga menjadikan beliau kini berada sebaris dengan pemain lain yang pernah memenangi anugerah itu termasuk Helmi Eliza Elias (2008), Indra Putra Mahayuddin (2009), Norshahrul Idlan Talaha (2010, 2011, 2012), Badhri Radzi (2013), Khairul Azhan Khalid (2014), Safiq Rahim (2015), Ahmad Hazwan Bakri (2016) dan Baddrol Bakhtiar (2017).

Perak yang muncul juara Piala Malaysia juga berjaya meraih dua anugerah apabila ketua jurulatih, Mehmet Durokovich diumumkan sebagai Jurulatih Terbaik, manakala Shahrul Saad pula dinobatkan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Mehmed Durokovic, Jurulatih Terbaik ABK 18

Bintang muda Kedah berusia 19 tahun, Akhyar Rashid pula membawa pulang anugerah Penyerang Terbaik dan kejayaan Rufino Segovia membantu Selangor dengan 31 gol pada musim ini menerima Anugerah Kasut Emas dan dinobatkan sebagai Pemain Import Terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah bagi setiap kategori:

Senarai pemenang ABK18

Pemain paling bernilai – Safawi Rasid (JDT)
Penjaga gol terbaik – Farizal Marlias (JDT)
Pertahanan terbaik – Shahrul Saad (Perak)
Pemain tengah terbaik – Safawi Rasid (JDT)
Penyerang terbaik – Akhyar Rashid (Kedah)
Pemain muda harapan – Safawi Rasid (JDT)
Jurulatih terbaik – Mehmet Durakovic (Perak)
Pemain paling popular – Lee Tuck (Terengganu FC)
Pemain import terbaik – Rufino Segovia (Selangor)
Pemain ASEAN terbaik – Hariss Harun (JDT)
Kasut emas – Rufino Segovia (Selangor – 31 gol)
Penjaring terbanyak Liga Super – Rufino Segovia (Selangor – 31 gol)
Penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super – Shafiq Shaharudin (Kelantan – 6 gol)
Penjaring terbanyak Liga Perdana – Casagrande (FELCRA FC – 19 gol)
Penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Perdana – Bobby Gonzales (Sarawak – 13 gol)
Pasukan terbaik – JDT
Penyokong terbaik – JDT
Media sosial terbaik – JDT
Laman web terbaik – JDT
Anugerah Fair Play – Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN