Xherdan Shaqiri Beri Amaran Buat Manchester City, Liverpool Akan Beri Saingan Hebat

Shaqiri

Pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri memberi peringatan kepada pendahulu liga, Manchester City agar bersiap sedia untuk menghadapi cabaran hebat dari pasukannya untuk bersaing dalam perebutan liga bagi musim ini.

Shaqiri menegaskan bahawa rakan sepasukannya dan jurulatih, Jurgen Kloop akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pasukan mereka dapat memberi tentangan sengit keatas Man. City sehingga berakhir saingan liga.

Liverpool’s Xherdan Shaqiri, second right, celebrates scoring his side’s third goal of the game with Sadio Mane,left, Mohamed Salah and Alberto Moreno during the English Premier League soccer match between Liverpool and Cardiff City at Anfield, in Liverpool, England, Saturday, Oct. 27, 2018. (Dave Thompson/PA via AP)

Beliau turut meminta rakan sepasukan agar tidak melihat keputusan City ketika ini, sebaliknya berharap semua memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pasukan untuk memperolehi mata penting dalam setiap perlawanan.

“Kami akan berada di sana sampai akhir!” kata Shaqiri seperti dilaporkan Goal .

“Kami tidak perlu melihat keputusan Man City, kami hanya perlu melihat diri kami sendiri dan cuba untuk memberikan prestasi yang terbaik di padang dan memenangkan setiap perlawanan, itu yang paling penting.”

Man City kini berada di puncak liga dengan mengumpul 35 mata, sementara Liverpool berada ditangga kedua dengan hanya dibezakan 2 mata dengan City.

Setakat ini, skuad Pep Guardiola dan Jurgen Kloop masih belum menerima sebarang kekalahan selepas 13 perlawanan yang dihadapi.

Perlu kerja keras

The Reds berjaya meraih tiga mata penting apabila berjaya menewaskan  Watford 3-0 ditempat lawan pada perlawanan minggu ke-13 Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Shaqiri sebagai berkata, kemenangan yang berjaya diraih Liverpool di Vicarage Road itu bukanlah perkara yang mudah seperti dijangka meskipun mereka memperolehi keputusan yang besar.

WATFORD, ENGLAND – NOVEMBER 24: Xherdan Shaqiri of Liverpool is challenged by Abdoulaye Doucoure of Watford during the Premier League match between Watford FC and Liverpool FC at Vicarage Road on November 24, 2018 in Watford, United Kingdom. (Photo by Alex Broadway/Getty Images)

Menurut Shaqiri, prestasi pasukannya berada dalam keadaan baik menjadikan mereka mampu untuk memperolehi hasil yang memuaskan seperti perlawanan di Watford.

“Setiap perlawanan memiliki kisahnnya sendiri dan kami harus melihat perlawanan ke perlawanan seterusnya dan tidak perlu fikirkan a kami berada di akhir musim nanti.”

“Apabila anda memenangi perlawanan seperti ini, kami akan bertarung sehingga akhir untuk banyak perkara jadi saya fikir kami hanya perlu meneruskannya, terus berusaha keras dan memenangi perlawanan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN