Xhaka Dan Shaqiri Lengkapkan Kebangkitan Switzerland

Switzerland menjadi pasukan pertama yang bangkit daripada ketingggalan dan menang dalam Piala Dunia kali ini. Mereka menang 2-1 ke atas Serbia dalam perlawanan yang terbuka.

Serbia di hadapan seawal minit ke-5 menerusi penyerang mereka yang berada dalam ‘form’ terbaik, Aleksandar Mitrovic menerusi satu tandukan.

Mitrovic hampir menggandakan angka gol beliau dalam perlawanan ini. Beliau menanduk hantaran Kolarov. Mujur Yann Sommer menyelamatkan bola tersebut.

Pada separuh masa kedua, Granit Xhaka menggunakan kepakaran beliau melakukan percubaan deras dari luar kotak penalti dengan kaki kiri beliau dan bola menerjah gawang pada minit ke-52.

5 minit kemudian, Shaqiri hampir meletakkan Switzerland di hadapan namun percubaan lencong beliau terkena bucu tiang gol.

Ketika perlawanan hampir ke wisel penamat, Switzerland melakukan serangan balas dengan keluar daripada blok tekanan Serbia. Shaqiri menerima bola dan melepasi pertahanan akhir lawan dengan gerakan solo dan menjaringkan gol dengan tenang.

Switzerland ternyata berhak menang perlawanan ini dengan 20 percubaan. Serbia hanya ada 37% penguasaan bola dalam perlawanan ini dan 13 percubaan gol sahaja.

Serbia akan berhadapan dengan Brazil dalam perlawanan terkahir. Manakala Switzerland akan berhadapan dengan Costa Rica.

Ini adalah kedudukan semasa kumpulan E selepas 2 perlawanan. 3 pasukan masih memburu tempat ke pusingan kalah mati.

Pada pandangan anda, pasukan mana yang akan mara ke kalah mati selepas perlawanan ke-3 nanti? Kongsikan pandangan anda dengan kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN