Rating Pemain Serbia vs Switzerland, Xhaka Paling Cemerlang

Switzerland menang 2-1 ke atas Serbia dalam aksi yang agak terbuka daripada kedua-dua pasukan. Berikut adalah rating pemain.

Switzerland

Yann Sommer – 6.5

Beliau jelas sekali seorang ball playing keeper yang baik dengan tenang melakukan hantaran ketika ditekan. Melakukan beberapa aksi menyelamat.

Stephan Lichtsteiner – 6

Hantaran yang berkualiti daripada beliau namun kurang ‘connection’ dengan rakan. Beliau banyak kali tewas dalam duel dalam perlawanan ini. Bernasib baik kerana hampir memberikan penalti kepada lawan.

Schar – 7

Beliau bermain baik hari ini berhadapan dengan banyak ancaman lawan di dalam kotak penalti.

Akanji – 7

Juga bermain baik dengan memenangi 14 duels serta melakukan 90% hantaran tepat. Beliau sangat tenang di pertahanan.

Ricardo Rodriguez – 6

Seperti biasa beliau akan cuba melakukan hantaran lintang sebanyak mungkin. Berjaya melakukan 2 gelecekan hari ini.

Granit Xhaka – 8

Pemain terbaik dalam perlawanan ini. Berjaya menenggelamkan Matic dan Milinkovic Savic yang berada dalam prestasi terbaik di tengah. Beliau melakukan jaringan penting yang membawa kepada kebangkitan pasukan.

Behrami – 7.5

Satu lagi aksi cemerlang daripada beliau dalam kempen Pial Dunia kali ini. Kualiti hantaran yang sangat baik dengan 95% ketepatan. Sangat pivotal.

Shaqiri – 7.5

Beliau sememangngya tidak layak berada dalam pasukan yang kalah dalam perlawanan ini. Rajin dan sentiasa mencuba sesuatu di dalam padang. Penjaring gol kemenangan.

Dzemaili – 6

Aksi yang agak mengecewakan sebagai seorang pemain yang berada di belakang no.9. Banyak hilang bola dalam perlawanan ini.

Zuber – 6

Gagal bermain dalam prestasi terbaik. Banyak gerakan dan hantaran beliau gagal.

Steferovic – 5.5

Sepanjang 45 minit beliau tidak melakukan sebarang percubaan ke arah gol .

Pemain gantian

Gavranovic – 6

Beliau juga tidak memberikan impak yang besar di serangan. Namun melakukan 1 assist penting kepada Shaqiri.

Embolo – 7

Beliau jauh lebih baik daripada Dzemailli dan mungkin patut masuk lebih awal.

Drmic – N/A

Serbia

Stojkovic- 6.5

Bermain baik hari ini, namun sukar untuk beliau menyelamatkan 2 gol Switzerland.

Ivanovic – 7

Beliau sangat ‘solid’ di kanan dan membuatkan Zuber tidak berdaya dalam perlawanan ini.

Milenkovic – 6.5

Bermain agak baik dengan melakukan 2 pintasan dan 1 bentesan bersih.

Dusko Tosic – 7

Pemain bek tengah yang paling banyak melakukan hadangan dengan 2. Turut melakukan 3 clearances dan 1 pintasan.

Kolarov – 6.5

Melakukan banyak gerakan untuk membantu serangan dan hantaran silang.

Matic – 6.5

Bukan aksi terbaik beliau hari ini seperti mana beliau lakukan tempoh hari. Gagal beraksi lebih dominan di tengah.

Milinkovic Savic – 6

Juga gagal bermain lebih dominan di tengah. Beliau tidak banyak melakukan hantaran kunci dalam perlawanan ini.

Milivojevic – 6.5

Agak kurang disiplin apabila bertahan. Beliau memberikan banyak ruang kepada Xhaka dan pemain tengah Switzerland.

Tadic – 7

Beliau bermain sangat baik dalam perlawanan ini. Banyak menjana gerakan dan hantaran bahaya. Melakukan 4 hantaran silang yang tepat.

Kostic – 6.5

Beliau juga boleh dikatakan bermain baik di bahagian sayap. Namun kurang melakukan hantaran termasuk hantaran lintang kepada penyerang.

Mitrovic – 7.5

Memberikan masalah kepada pertahanan lawan dengan fizikal beliau yang sangat keras. Melakukan 1 gol awal dalam perlawanan ini.

Pemain gantian

Ljajic – 6

Beliau sangat baik dalam gerakan namun kualiti hantaran dalam perlawanan ini agak mengecewakan.

Radonjic – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN