Antara perkara pertama yang ditekankan Xavi Hernandez selepas dilantik sebagai pengurus Barcelona yang baharu pada Isnin lalu ialah disiplin.
Ia adalah nilai yang beliau mahu setiap anggota skuad amalkan setiap hari untuk mengembalikan kegemilangan gergasi Catalan itu.
Dan hanya selepas beberapa hari bergelar pengurus, Xavi mulai menunjukkan taringnya, menggunakan kuasa veto miliknya untuk membatalkan penyertaan Gerard Pique di dalam satu rancangan televisyen terkenal di Sepanyol.
6 changes that Xavi is going to make at Barça:
– No more trips for Piqué
– More hours training at the Ciutat Esportiva
– Ban personal training
– Renewal of medical services
– The style of play will be non-negotiable
– Absolute control of social media— @DirectoGol pic.twitter.com/Pqy4WUqEZr
— Barça Universal (@BarcaUniversal) November 9, 2021
Mengikut jadual, Pique sepatutnya melakukan kemunculan di dalam rancangan tersebut pada minggu hadapan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh penerbit dan pengacara program tersebut, Juanma Castano melalui rancangan El Partidazo.
Menurut Castano, Xavi telah bertindak menghalang Piqie melakukan penampilan di rancangan El Hormiguero – sebuah rancangan lawak ringan yang membenarkan tetamu mengambil bahagian dalam beberapa permainan indoors.
Xavi to BarçaTV: “You know, I’m going to demand a lot from my players and I will also help them. It is an advantage to already know the likes of Ter Stegen, Piqué, Alba, Busi, Roberto. I know where I should press them and the weak points they may have”. 🔵🔴 @tjuanmarti #FCB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 8, 2021
Selain itu, Xavi turut membatalkan kemunculan pemain itu di pertandingan tenis Piala Davis, dijadualkan pada Selasa hadapam.
Salah satu perkara yang menjadi pertanyaan ketika Xavi dilantik selaku pengurus Barcelona ialah adakah beliau berani untuk bertegas dengan bekas rakan sepasukan yang kini menjadi pemain kendaliannya di kelab itu.
Pique adalah salah seorang sahabat dan bekas rakan sepasukan kepada Xavi. Kini pemain itu terpaksa menerima hakikat Xavi tidak akan memberikan keistimewaan kepada beliau, walau apa pun hubungan sesama mereka sebelum ini.
Xavi forbid Gerard Piqué from attending the Davis Cup presentation next Tuesday.
— @elchiringuitotv pic.twitter.com/Sgq9KNkdnc
— Barça Universal (@BarcaUniversal) November 10, 2021
Bek tengah itu sebelum ini amat dikenali gemar melakukan penampilan di televisyen, tetapi Xavi kini jelas enggan perkara luar padang sebegitu untuk menganggu fokus beliau membentuk kembali Barcelona.
Sejak mengambil alih peranan Ronald Koeman pada Isnin lalu, Xavi terus mengenakan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi oleh pemain-pemain.
Antaranya adalah pemain tidak dibenarkan pulang ke rumah melebihi jam 12am, 48 jam sebelum perlawanan dan mereka juga wajib tiba sejam setengah lebih awal untuk sesi latihan.
Xavi turut memberi penekanan agar pemain menjaga nama baik kelab. Ini bermakna selagi pemain masih memiliki kontrak, ini bermakna mereka mewakili nama Barcelona.
Sekagi itu setiap pemain wajib menjaga tingkah laku dengan sebaik mungkin sama ada ketika bersama pasukan atau pun ketika bercuti.
Ini bermakna setiap tingkah laku dan aktiviti pemain di luar padang selepas ini turut akan menjadi perhatian Xavi