“Berlari Sambil Lewa, Berenang Dalam Kolam Buaya” – TMJ Dedah Cara Urus De Paula

Guilherme De Paula JDT

Kelibat Guilherme de Paula yang menjaringkan gol menarik ketika membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menang besar ke atas Kelantan dalam aksi Piala Malaysia tempoh hari telah mencuri tumpuan.

Bukan setakat menjaringkan gol, tetapi penyerang naturalisasi negara itu menampilkan persembahan yang jelas berbeza berbanding aksinya ketika bersama skuad kebangsaan.

Dalam beberapa penampilannya untuk skuad Harimau Malaya, pemain berusia 35 tahun itu dikritik oleh penyokong bola sepak tanah air disebabkan aksinya yang dikatakan ‘pemalas’ kerana dilihat yang berjoging di atas padang.

Malah lariannya ketika meraikan jaringan pertama menerusi sepakan penalti dianggap jauh lebih pantas berbanding aksi sebenarnya di atas padang.

[VIDEO]: Magis De Paula Hasilkan Voli Cantik Mirip Ronaldo Bantu JDT Ranapkan Kelantan

Jadi apakah yang membuatkan De Paula boleh menampilkan persembahan berbeza apabila beraksi untuk JDT?

Jawapannya telah dikongsikan oleh pemilik skuad Harimau Selatan itu sendiri iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu komennya di Instagram.

“Kenapa di JDT De Paula tidak joging tetapi dia kerap membuat ‘high pressing’? Kerana di JDT jikalau berlari sambil lewa dia [kena] berenang di dalam kolam buaya. Simple,” ujar TMJ.

Kita tahu ia bukanlah jawapan yang menggambarkan situasi sebenar, tetapi ia seolah-seolah satu bentuk ‘amaran’ kepada semua pemain JDT bahawa tiada tempat untuk pemain yang tidak menunjukkan kesungguhan sama ada ketika perlawanan mahupun sesi latihan pasukan.

Sehingga kini De Paula masih menjadi pilihan utamaTan Cheng Hoe untuk mengemudi barisan hadapan skuad kebangsaan. Jika bersama JDT beliau boleh berlari dan membuat tekanan, beliau sepatutnya boleh ‘dipaksa’ untuk melakukan perkara yang sama.

Kejohanan Piala AFF akan bermula tidak lama lagi. Diharapkan penyerang JDT ini dapat menajamkan lagi asahnya agar skuad negara berhasil membawa pulang kejuaraan Asia Tenggara ini selepas 11 tahun menanti.

Leave a Reply