Xavi Merayu Agar Peminat Berhenti Mencemuh Bintang Barcelona

Xavi Hernandez merayu kepada para penyokong Barcelona supaya berhenti mencemuh Ousmane Dembele selepas bintang Perancis itu melalui pengalaman ngeri di Nou Camp hujung minggu lalu.

Xavi sanggup merayu kepada para penyokong selepas melihat Ousmane Dembele teruk dicemuh oleh para penyokong ketika aksi bertemu Atletico Madrid hujung minggu lalu.

Pemain kebangsaan Perancis itu kembali sertai skuad utama Barcelona selepas beliau terpaksa direhatkan selama tiga minggu kerana masalah melibatkan kontraknya bersama kelab.

Beliau tidak diturunkan sejak aksi kekalahan 3-2 Barcelona di tangan musuh tradisi mereka, Real Madrid dalam saingan Spanish Super Cup pada 12 Januari lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu telah diturunkan dalam senarai pemain simpanan ketika aksi bertemu Atletico Madrid hujung minggu lalu.

Sayang sekali beliau langsung tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut sehingga wisel penamat dibunyikan.

Lebih malang lagi untuk Dembele, beliau teruk dicemuh oleh para penyokong ketika namanya diumumkan oleh ‘public announcer’ sebelum sepak mula perlawanan.

Ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan, Xavi meluahkan rasa kecewanya beliau terhadap sikap penyokong yang tak henti-henti mencemuh Dembele.

Xavi juga turut meminta para penyokong berhenti melakukan hal tersebut, dan beri sokongan penuh kepada Dembele di masa hadapan.

“Penyokong memang 10/10 dan sokongan dari mereka sepanjang perlawanan memang menakjubkan. Tapi saya lebih berharap mereka akan beri sokongan kepada Ousmane juga.”

“Saya meminta mereka berhenti mencemuh dia. Ikut perancangan saya mahu bawa masuk dia, tapi saya memutuskan untuk tukar perancangan kerana kad merah dan cara bagaimana perlawanan berlangsung.”

Barcelona dalam perlawanan tersebut berjaya menewaskan Atletico Madrid 4-2 dengan Jordi Alba, Gavi, Ronald Araujo dan Dani Alves muncul sebagai penjaring gol.

Kemenangan itu berjaya membawa Barcelona ke kedudukan keempat dalam carta saingan La Liga, dua mata mengatasi Los Rojiblancos.

Situasi Ousmane Dembele bersama Barcelona

Ousmane Dembele kini sedang berada di tahun terakhir dalam kontraknya bersama Barcelona, namun beliau masih belum menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Ia bermaksud beliau berpotensi untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim nanti dan ia bukanlah satu hal yang diharapkan akan berlaku oleh Barcelona.

Memandangkan bintang Perancis itu masih belum menandatangani kontrak baru bersama kelab, gergasi Catalan itu berusaha untuk menjual beliau pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup.

Walau bagaimanapun, usaha Barcelona itu berakhir dengan kegagalan, dan kini beliau dijangka akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas nanti sebagai pemain bebas ejen.

Dembele telah membuat 11 penampilan untuk gergasi Catalan itu dalam semua pertandingan sepanjang musim ini, dengan beliau turut berjaya menjaringkan satu gol dan turut mencatatkan dua assists sepanjang tempoh tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN