Xavi Janji Tak Akan Biar Barcelona Main Europa League Lagi

Xavi

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez menanam keazaman dan juga janji untuk tidak lagi membiarkan kelabnya itu terjerumus ke kancah UEFA Europa League (UEL) lagi.

Sebelum ini, Barcelona pernah terjerumus ke kancah kejohanan Eropah kelas kedua itu beberapa musim lalu dan kini selepas memenangi La Liga, mereka kembali semula menyertai UEFA Champions League (UCL).

Dengan kejayaan tersebut kembali ke UCL, Xavi memasang azam untuk tidak lagi membawa Barcelona ke UEL selagi beliau bergelar pengurus kelab tersebut.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Dalam satu wawancara, Xavi menegaskan yang Barcelona bukanlah sebuah kelab yang tarafnya adalah bermain di UEL sebaliknya mereka berhak beraksi di UCL.

“Saya ada katakan kepada para pemain yang kami tidak akan bermain lagi di Europa League. Saya minta maaf, tetapi Barcelona bukanlah dicipta untuk bermain di Europa League.

“Ia tidak memberikan motivasi kepada para pemain dan juga penyokong. Kami perlu bermain di UEFA Champions League dan kami beraspirasi untuk memenanginya,” kata Xavi.

[Universo Jorge Valdano] Xavi: “I already told the players that we can never play the Europa League again. I’m sorry, but Barcelona are not made to play the Europa League. It does not motivate the players nor the fanbase. We have to play the Champions League and we have to aspire to win it.”
by u/TheBiasedSportsLover in soccer

Apa yang dikatakan oleh Xavi ini adalah satu petanda aspirasi tinggi yang ada pengurus tersebut bagi mengembalikan zaman kegemilangan Barcelona seperti ketika zaman beliau menjadi pemain mereka.

Dengan kembalinya Barcelona ke UCL musim depan, Xavi akan cuba untuk mengembalikan piala itu yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN