Warga Singapura Cipta Sejarah Jadi Pemain ASEAN Pertama Sertai Borussia Dortmund

Danelle Tan

Nama Singapura mungkin menjadi tumpuan ketika ini dengan faktor yang negatif terutamanya di Malaysia. Namun begitu, mereka tetap mempunyai sesuatu yang positif untuk dibanggakan oleh warga Temasik.

Saat mereka kini sedang menghadapi detik kegelapan bola sepak selepas berdepan kekalahan demi kekalahan dalam pelbagai kejohanan, muncul seorang pemain yang membuat negara bersaiz pulau itu.

Maju ke depan pemain berusia 18 tahun iaitu Danelle Tan. Prospek muda untuk bola sepak wanita Singapura itu telah menarik perhatian apabila berjaya menyertai gergasi Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Menurut laman rasmi FA Singapura (FAS), Danelle merupakan antara prospek baharu bola sepak negara itu yang dilihat dapat meningkatkan kualiti pasukan wanita mereka.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Dengan usia yang masih lagi muda, Danelle mempunyai masa depan yang cerah apabila akan berlatih bersama Dortmund yang mempunyai fasiliti terbaik.

Untuk rekod, pemain ini akan menyertai Bundesliga itu dengan kontrak selama setahun.

“Danelle Tan telah melakukannya sekali lagi! Penyerang berusia 18 tahun ini telah menyertai pasukan wanita Borussia Dortmund, menjadikan beliau pemain Asia yang pertama melakukannya.

“Kontrak selama satu tahun beliau hanya akan bermula pada Julai, di mana beliau akan menyertai latihan pra-musim bersama-sama kelab, sebelum memulakan musim baharu di saingan divisyen lima Landesliga pada bulan Ogos. Tahniah Danelle!,” tulis FAS di Twitter.

Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk bola sepak wanita di Asia Tenggara apabila lebih ramai bakat yang dikesan dan diberi peluang untuk menyinar.

Kita juga mempunyai penjaga gol kebangsaan skuad wanita iaitu Azurin Mazlan yang kini beraksi di India.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN