Xabi Alonso Akui Rasa Lebih Dekat Di Liverpool Berbanding Real Madrid dan Bayern Munich Kerana Penyokong Mereka

Penyokong Liverpool mempunyai satu lagi sebab untuk merindui bekas pemain mereka, Xabi Alonso selepas bekas perancang tengah kelahiran Sepanyol itu mendedahkan beliau lebih rasa dekat di Liverpool berbanding Real Madrid dan Bayern Munich.

“Saya ingatkan saya akan rasa lebih dekat dengan rumah di Madrid memandangkan ia kelab dari negara saya. Tetapi jika dibandingkan dengan Liverpool, rasanya tidak. Liverpool bagaikan rumah kedua saya,” kata Alonso kepada The Times.

Menurut Alonso lagi, penyokong Liverpool adalah punca beliau merasakan dekat di Anfield berbanding Madrid. “Hubungan saya dengan penyokong Liverpool sentiasa cemerlang sejak hari pertama. Mereka buat seperti anda dah kenal lama dengan mereka.”

“Anda akan buat apa sahaja untuk mereka. Menang satu perlawanan memberi saya kegembiraan tambahan kerana saya tahu mereka akan gembira,” ujar maestro tengah yang sudah bersara itu.

Bagaimana Alonso dijual ke Madrid

Xabi Alonso yang berhijrah ke Real Madrid dari Liverpool pada musim 2009/2010 (dengan yuran perpindahan mencecah £30 juta) merupakan salah seorang pemain kegemaran penyokong ketika era pengurusan Rafa Benitez.

Bagaimanapun seperti yang dijelaskan oleh Benitez dalam bukunya, Champions League Dreams, keputusan menjual Alonso terletak di luar tangannya berikutan kegagalan pengurusan Liverpool pada ketika itu untuk membantunya dalam urusan perpindahan pemain.

Idea asal Benitez pada musim 2008/2009 adalah menjual Alonso dan menggantikannya dengan Gareth Barry yang pada ketika itu bermain di Aston Villa. Ini kerana UEFA mula menguatkuasakan peraturan homegrown rule dalam Champions League dan kehadiran Barry dapat menyelesaikan masalah kekurangan pemain homegrown di Liverpool.

Aston Villa’s Gareth Barry (left) and Liverpool’s Dirk Kuyt battle for the ball. (Photo by Nick Potts – PA Images/PA Images via Getty Images)

Selain itu, Barry juga boleh bermain di dua posisi; bek kiri (posisi yang mahu diperbaiki Benitez) dan tengah. Manakala duit daripada penjualan Alonso turut mahu digunakan oleh Benitez untuk membeli seorang pemain sayap baru.

Bagaimanapun semua rancangan Benitez tersebut tidak menjadi. Liverpool gagal mendapatkan yuran perpindahan yang mahal untuk Alonso. Gareth Barry pula memilih Manchester City.

Sebaliknya Alonso dikekalkan. Andrea Dossena pula ditandatangani sebagai bek kiri. Albert Riera dan Robbie Keane pula dibawa masuk untuk memperkuatkan jentera serangan sayap menjelang musim 2008/2009. Sami Hyppia pula diketepikan daripada skuad Champions League Liverpool untuk menyelesaikan masalah kuota pendaftaran pemain homegrown.

Balazs Dzsudzsak
Andrea Dossena
Albert Riera during the UEFA Champions League match between PSV Eindhoven and Liverpool FC on December 9, 2008 at the Philips stadium in Eindhoven, The Netherlands.(Photo by VI Images via Getty Images)

Untuk berlaku jujur, Liverpool tidaklah bermain terlalu teruk pada musim 2008/2009. Mereka menamatkan kempen Premier League di tangga kedua dan layak ke suku akhir UEFA Champions League.

Tetapi dalam pada masa yang sama, Alonso turut beraksi dengan cemerlang sehingga menimbulkan semula minat kelab-kelab gergasi lain untuk membeli beliau. Sedangkan Liverpool tidak mahu menjual.

Akhirnya Alonso dijual ke Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas 2009/2010. Ketika Liverpool bersedia untuk menjual Alonso, tiada kelab berminat. Ketika Liverpool tidak mahu menjual, muncul pula Real Madrid dengan tawaran lumayan mereka.

MADRID, SPAIN – AUGUST 05: Xabi Alonso gives his first press conference as Real Madrid player after a training session at Santiago Bernabeu stadium on August 5, 2009 in Madrid, Spain. (Photo by Elisa Estrada/Real Madrid via Getty Images)

Tambahan pula Alonso sendiri sangat berminat untuk berhijrah ke Madrid.

Begitulah kisah bagaimana kekucar-kaciran pengurusan Liverpool pada ketika itu menyebabkan penyokong Liverpool kehilangan pemain kesayangan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN