Xabi Alonso Bersara Akhir Musim Ini, Maestro Yang Hebat Dengan Karier Yang Luar Biasa

Xabi Alonso bersara dari bola sepak profesional setelah tamat musim ini. Sebelum ini beliau pernah berkata, Bayern Munich adalah kelab terakhir beliau sebelum menggantung but.

Hal ini sudah diwar-warkan oleh beliau beberapa bulan yang lalu. Namun kali ini beliau mengesahkan keputusan itu.

Beliau juga sudah bersedia menjalani fasa baru dalam hidup beliau. Melalui akaun sosial beliau Xabi Alonso memuat naik status dengan kapsyen ‘Farewell Beatiful Game’:

Lahirnya bintang bernama Xabi Alonso

Xabi Alonso lahir dilahirkan di Tolosa, Sepanyol pada 25 November 1981. Beliau merupakan pemain yang pernah beraksi dengan banyak kelab ternama seperti Liverpool, Real Madrid dan kini di Bayern Munich.

Real Sociedad

Beliau memulakan karier professional dengan Real Sociedad. Di bimbingan pengurus Inggeris John Toshack, Xabi Alonso dibangunkan dengan sebaik mungkin. Beliau turut dilantik menjadi kapten pada usia muda.

Alonso dan Toshack

Beliau diberikan kepercayaan untuk menjadi pemain utama dalam usia muda. Teknik hantaran beliau antara perkara yang diasah Toshack. Ini kerana Toshack melihat kualiti hantaran beliau yang luar biasa.

Di Sociedad, Xabi Alonso sangat selesa bergandingan dengan graduan La Masia, Mikel Arteta. Mereka kekal menjadi sahabat baik sehingga ke hari ini.

Menyertai Liverpool

Selepas 3 tahun di sana beliau dipancing oleh Liverpool pada Ogos 2004 dengan nilai sekitar £11 juta. Ketibaan Alonso di Anfield adalah sebahagian daripada pelan Rafalution.

Alonso membuat debut EPL menentang Bolton pada 29 Ogos 2004. Beliau dipuji melambung oleh ramai pihak kerana aksi cemerlang beliau yang seperti sudah 10 tahun bermain di EPL.

BOLTON, ENGLAND – SUNDAY AUGUST 29th 2004: Liverpool’s Xabi Alonso is tackled by Bolton’s Kevin Davies during the Premiership match against Bolton at the Reebok Stadium. (Photo by David Rawcliffe/Propaganda)

Salah satu momen yang paling diingati oleh penyokong Liverpool adalah ketika perlawanan menentang Fulham. Liverpool ketinggalan 2-0. Rafa Benitez memasukkan Alonso pada separuh masa kedua.

Alonso menjadi instrumen penting kebangkitan Liverpool untuk menang 2-4 dalam perlawanan tersebut. Alonso turut menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool menerusi sepakan percuma.

Beliau turut membantu Liverpool menjuarai UCL pada 2005 di Istanbul. Alonso menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti yang pada awalnya diselamatkan Dida.

Namun tindakan susulan Alonso membolehkan Liverpool menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-60.

Meninggalkan Anfield

Krisis dengan Rafa Benitez pada pertengahan musim 2008/09 telah membuatkan Xabi Alonso menghantar transfer request.

Pada musim tersebut Alonso beraksi sangat cemerlang dengan Liverpool hampir menjuarai EPL musim tersebut.

Statistik Opta melaporkan Xabi Alonso sebagai pemain pertama di EPL melakukan 1,000 hantaran tepat pada musim 2008/09. Angka itu dicapai pada Disember ataupun separuh musim.

Namun Rafa Benitez mahu menjual Alonso ke Juventus pada pertengahan musim. Ini kerana, Rafa Benitez mahukan dana untuk membeli Gareth Barry.

Namun Gareth Barry tidak begitu menunjukkan minat untuk ke Anfield. Ramai penyokong merasakan hubungan Rafa-Alonso sudah pulih. Tidak! Alonso dan Rafa masih tidak OK!

Pada Ogos 2009, beliau menyertai Real Madrid. Steven Gerrard mengakui sangat terkejut dan berkata, ketiadaan Alonso adalah punca Liverpool agak hambar pada musim 2009/10.

Real Madrid

Alonso menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan sekitar £30 juta pada 5 Ogos 2009. Beliau kemudian menyatakan dia tidak pernah berniat meninggalkan Anfield.

Namun hubungannya dinginnya dengan Rafa Benitez adalah punca ia terpaksa berbuat demikian.

Di Real Madrid Alonso terus menjadi pemain penting di sana. Manuel Pellegrini sentiasa menjadikan Alonso pilihan utama kecualilah Alonso cedera atau digantung.

Pada era Jose Mourinho, Xabi Alonso hanya bermain di UCL & di Copa del Rey. Mourinho dalam proses untuk transisi Luka Modric ke dalam pasukan beliau.

Namun Alonso tetap menjadi pemain penting yang membantu Real Madrid memenangi La Decima 2013/14. Ia adalah medal UCL kedua Alonso.

Bayern Munich

Pada akhir musim 2013/14, Alonso mengumumkan akan berhijrah ke Bayern Munich. Beliau memenangi banyak trofi di Jerman. Memenangi kesemua kejohanan domestik sepanjang karier beliau di Bayern Munich.

Beliau menjadi pemain penting era Pep Guardiola. Di bawah Ancelotti beliau masih antara pemain penting. Beliau masih berada dalam kelompok pemain elit pada musim ini.

Kebangsaan

Beliau adalah pemain penting dalam skuad Sepanyol pada era generasi emas Sepanyol yang menjuarai Piala Eropah 2008 dan Piala Dunia 2010.

Karier beliau di skuad kebangsaan bermula sejak 2004 lagi. Alonso telah terlibat hampir dalam kesemua pertandingan major untuk Sepanyol dari 2004 sehinggalah tahun 2014. Xabi Alonso bersara dari tugasan kebangsaan pada 2014.

Selamat bersara Xabi Alonso

Xabi Alonso bersara dengan karier yang luar biasa. Terlalu banyak kejayaan beliau sepanjang karier. Beliau antara deep lying playmaker yang paling berpengaruh di dunia.

Kekuatan utama beliau adalah hantaran laser yang tepat. Alonso terkenal dengan karakter beliau yang tenang di dalam padang dan juga rembatan dari jarak jauh.

Selamat menikmati musim terakhir anda sebagai pemain profesional Xabi Alonso. Semoga musim ini diakhiri dengan gemilang.

Kami juga ucapkan Farwell Beautiful Player!

Baca juga: 6 Pemain Bola Sepak Yang Bersara Ketika Karier Mereka Sedang Berada Di Puncak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN