‘Wonderkid’ Kemboja Dikaitkan Dengan Pasukan Pahang FA

Selepas dua pemain kelahiran Kemboja sah bakal membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Malaysia bersama Terengganu dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), kini seorang lagi pemain dari negara itu dikaitkan dengan perpindahan ke satu lagi pasukan dari Pantai Timur.

Mengikut laporan salah sebuah media di Kemboja iaitu Khmer Times, Chan Vathanaka yang berusia 23 tahun ini sedang berbincang dengan pengurusan Pahang FA untuk dipinjamkan dari pasukan asalnya iaitu Boeung Ket Angkor.

Skuad Tok Gajah yang masih mencari kuota import dari negara ASEAN, dilihat sedang mengintai pemain tersebut dan difahamkan untuk memperkuat barisan tengah dan menyerang pasukan.

Beliau yang pernah dilabel sebagai ‘Wonderkid’ dalam kalangan media di Kemboja merupakan antara prospek yang bakal menyinar landskap bola sepak Kemboja.

Mula menyertai pasukan divisyen satu liga Kemboja, Boeung Ket Angkor sejak 2012, beliau mula mendapat perhatian pemerhati bola sepak di ASEAN selepas berjaya menyumbang 2 gol ketika bertemu Malaysia dalam kejohanan Piala AFF 2016.

Reputasi yang baik ketika bersama pasukan Kemboja telah menarik perhatian pasukan Fujieda MYFC yang beraksi di liga J3 (divisyen 3) Jepun.

Beliau dilamar secara pinjaman oleh pasukan ini sejak awal tahun ini dan turut diberi peluang beraksi dalam beberapa perlawanan. Meskipun kurang beraksi, beliau menyifatkan pengalaman berada bersama pasukan di Jepun adalah satu pendedahan yang terbaik dalam kariernya.

Memetik kata-katanya dari Khmer Times, “Jepun adalah negara yang membangun dalam permainan bola sepaknya dan sekiranya anda ingin menjadi seorang pemain yang baik, anda perlu belajar dari pemain yang terbaik (liga Jepun)”.

Baru-baru ini, Sinar Harian ada melaporkan bahawa Vathanaka ada dikaitkan dengan pasukan Terengganu. Namun, pasukan kendalian Irfan Bakti ini terpaksa melupakannya selepas tidak mahu bersaing dengan beberapa pasukan dari Liga Malaysia yang lain.

Sebagai ganti, skuad Peteh berjaya mendapatkan khidmat seorang lagi pemain kebangsaan Kemboja, Thierry Chantha Bin yang berusia 26 tahun. Beraksi di bahagian tengah, beliau sebelum ini bersama pasukan Krabi FC yang membuat penampilan di liga divisyen 2 Thailand.

Norshahrul Idlan Talaha: (Foto: Faiz Ishak /Tokgajah.com)

Dalam pada itu, skuad Pahang telah memulakan latihan pertamanya petang tadi di Kuantan dan kelihatan Nor Sharul Idlan Talaha turun bersama pasukan. Namun, seorang lagi pemain import baharu, Safuwan Baharudin belum lagi kelihatan dan dijangka bakal menjalani latihan dalam masa terdekat.

Featured Image: FourFour Two

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN