Akibat Melanggar ‘Designated Order’ Benteke Minta Maaf Kepada Pasukan

‘Designated order’ ataupun arahan khas merupakan salah satu jadual tugasan di dalam pasukan yang telah ditentukan oleh pengurus.

Ketika perebutan untuk mengambil sepakan penalti di antara Neymar dan Cavani, kami dan anda pembaca semuanyaBOLA banyak membincangkan topik ini.

Anda boleh baca kembali artikel di sini: Berbalah Penalti! ‘Designated Order’ Adalah Perkara Yang Perlu Dilaksanakan Unai Emery

Dalam perlawanan EPL hujung minggu lalu, Christian Benteke telah mengingkari ‘designated order’ ketika pasukan Crystal Palace mendapat penalti pada masa kecederaan menentang Bournemouth.

Benteke telah berkeras untuk merampas bola daripada Luka Milivojevic yang sepatutnya menjadi petugas utama untuk rutin itu. Milivojevic telah menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama.

Dalam kedudukan 2-2, Crystal Palace berpeluang untuk menang perlawanan tersebut. Namun penalti Benteke telah diselamatkan oleh Asmir Begovic dan perlawanan berakhir 2-2. Tamat perlawanan, Roy Hodgson berkata:

“Pemain sudah faham akan arahan yang telah ditetapkan. Tetapi kami sangat kecewa apabila mereka melanggarnya ketika dalam perlawanan.”

“Jika dalam perlawanan latihan, kami mungkin boleh menghalangnya, tetapi dia melanggar arahan ketika perlawanan EPL.”

“Kami menjerit kepada beliau. Tidak siapa yang dapat merampas bola daripadanya. Jarak kejadian itu jauh daripada kami (jurulatih). Tiada apa yang dapat kami lakukan.”

Memang semua orang tahu, penalti tidak menjamin 100% gol, tetapi apabila ada pemain yang melanggar arahan tersebut dan tidak menjaringkan gol, sudah pasti mereka akan menjadi pendosa besar.

Benteke telah di-boo oleh penyokong Palace ketika berjalan keluar selepas tamat perlawanan. Namun begitu Roy Hogdson agak kecwewa dengan tindakan Benteke.

Kemudiannya, Roy Hodgson berkata:

“Beliau (Benteke) sudah memberitahu saya yang beliau telah menerima arahan yang jelas dan betul. Dan beliau telah faham segalanya.”

“Beliau berkata, yang beliau mengambil tanggungjawab di atas semua yang berlaku. Beliau tak patut melakukannya kerana ianya telah melanggar susunan yang telah ditetapkan. Beliau akui bersalah kerana mengingkari arahan pasukan.”

“Saya gembira dengan respon beliau terhadap kesalahannya dan telah meminta maaf di hadapan semua orang bukan sahaja kepada saya. Tetapi saya tegaskan yang saya tak akan sesekali gembira jika ada pemain melanggar arahan pasukan.”

“Namun begitu, jangan lupa, beliau bermain baik hari ini. Saya yakin beliau akan bangkit selepas ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN