Berbalah Penalti! ‘Designated Order’ Adalah Perkara Yang Perlu Dilaksanakan Unai Emery

Biasanya, dalam sesebuah pasukan akan sudah ada satu arahan untuk situasi bola mati. Ianya digelar ‘designated team order’.

Dalam arahan ini akan disenaraikan siapa pengambil utama, kedua, ketiga dan seterusnya. Dalam kes PSG semalam, Unai Emery menyerahkan perkara ini kepada pemain beliau untuk menyelesaikannya dengan cara ‘gentleman agreement’.

Unai Emery harus menggunakan kuasa pengurus beliau dalam hal ini.

Dalam pengurusan Jose Mourinho pula, pemain perlu menghormati designated order. Semalam Martial mengambil sepakan penalti. Sebelum ini tugas itu diambil Lukaku.

Anda boleh saksikan di mana pemain United tidak perlu berbincang siapa akan mengambil sepakan itu. Musim lalu Rooney menyerahkan bola kepada Pogba untuk tugasan penalti menentang Fenebache.

Pogba sendiri megakui terkejut kerana Rooney menolak untuk mengambil penalti. Pengulas perlawanan juga merasakan tindakan Rooney itu melanggar designated order.

Mungkin Rooney mahukan Pogba lebih motivasi selepas ini. Ini selepas Pogba ketika itu banyak dikritik. Pogba menjaringkan penalti itu.

Tamat perlawanan itu, Mourinho menjelaskan yang tugas utama penalti adalah milik Pogba di dalam perlawanan itu. Namun Pogba mungkin agak menghormati Wayne Rooney. Namun Rooney menghormati designated order yang ditetapkan.

Bercakap kepada wartawan, Mourinho menjelaskan ‘designated order’ untuk pasukan beliau ketika itu adalah, pertama Pogba, kedua Rooney dan ketiga Martial.

Pengambil sepakan yang pertama berhak untuk tidak memberikan sepakan kepada rakan mereka dan kadangkala mereka juga memberikannya, mungkin kerana faktor hilang tumpuan ataupun mahu memberikan peluang kepada yang lain.

Namun jika rakan yang diberikan tugasan itu gagal, pengambil utama sepakan itu akan dipersalahkan!

Insiden Balotelli dan Henderson

Kes Liverpool dalam UEL 2015 di mana Balotelli mengambil bola daripada Henderson yang sudah dilantik menjadi designated taker.

Sturridge marah dengan tindakan Balotelli itu. Walaupun Balotelli pakar dalam sepakan penalti, tetapi dalam senarai designated order untuk perlawanan tersebut ia milik Henderson. Balotelli menjaringkan gol.

Tetapi pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan Balotteli sudah melanggar arahan pasukan. Namun beliau tetap mengucapkan tahniah kerana bola itu masuk.

Insiden penalti Sanchez

Alexis Sanchez musim lalu telah mengambil sepakan penalti dalam perlawanan menentang Burnley. Beliau menjaringkan gol dengan gaya panenka.

Arsenal menang 2-1 dalam perlawanan itu. Walaupun gembira menang, Arsene Wenger mengingatkan semua pemain beliau agar menghormati designated order yang telah ditetapkan. Wenger

“Sanchez tidak sepatutnya mengambil penalti itu. Ia tugas Giroud!”

“Tetapi setiap gol itu berhak untuk kita raikan dan berikan pujian.”

Pada 2014, Mesut Ozil gagal menyempurnakan penalti menentang Marseille dalam UCL. Ramai mengecam Ozil kerana dia memang ada rekod kurang baik dalam penalti.

Tetapi Wenger menjelaskan, beliau sudah menetapkan designated order untuk perlawanan itu kerana mahu Ozil bangkit daripada rasa kecewa selepas gagal menyempurnakan penalti ke atas Bayern Munich sebelum itu.

“Dia ditugaskan untuk penalti itu. Kami tiada Arteta hari ini. Jika Arteta ada, dia adalah pengambil utama sepakan penalti dan sudah pastinya Ozil tidak akan mengambil tanggungjawab itu.”

Insiden Robben dan Vidal

Bayern Munich mungkin mengamalkan sistem gentleman agreement dalam sepakan percuma di mana David Alaba, Franck Ribery dan Robben mengakui mereka selalu menentukan pengambil sepakan percuma dengan o-som (rock, scissor, paper).

Namun dalam penalti, mereka tetap tertakluk kepada ‘designated order’. Robben pernah menolak untuk memberikan penalti kepada Vidal pada 2015.

Vidal sebelum itu menjadi pengambil sepakan penalti utama di Juventus. Robben berkata kepada media:

“Vidal cuba mengambil penalti saya. Dalam pasukan kami, kami sudah ada satu arahan yang jelas dan saya harap Vidal dapat menyesuaikan diri dan menerimanya.”

“Di sini, Thomas Muller nombor 1, saya yang kedua.”

Bayern menang 3-0 ketika itu ke atas Bayer Leverkusen dan Thomas Muller sudah menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti. Robben mengambil satu lagi penalti untuk gol ke-3.

Alex Ferguson dan Ryan Giggs

Dalam pengurusan Sir Alex Ferguson, pada 2012 beliau ada ramai sekali pengambil sepakan penalti. Tetapi beliau sudah menetapkan jika Giggs ada di dalam padang, beliau adalah pemain utama untuk tugaasn itu.

Meskipun ketika itu Wayne ada rekod yang sangat baik, Alex Ferguson tetap tidak mahu mana-mana pemain beliau berebut untuk sepakan penalti.

Arahan penalti itu daripada pengurus bukannya pemain di dalam padang, kecualilah pengambil sepakan itu cedera.

Di sini, kita tahu yang ada pengurus sudah menetapkan senarai designated order untuk setiap bola mati di dalam padang.

Unai Emery harus mengambil inisiatif lebih tegas dalam hal ini lebih-lebih lagi pasukan beliau yang sarat dengan kualiti.

Ia boleh mempengaruhi keharmornian pasukan. Dalam kes semalam, Cavani ada hak untuk mengambil sepakan itu kerana dia adalah designated taker untuk tugas itu sejak beberapa musim di PSG.

Namun, oleh kerana tidak ada designated order yang tegas oleh Unai Emery, membuatkan masalah ini sudah 2 kali berlaku musim ini.

Tidak lupa juga, Neymar dan Cavani turut berebut bola untuk sepakan percuma dalam perlawanan yang sama dan Dani Alves merampas bola serta mengelakkan Cavani daripadanya mengambilnya. Alves menyerahkannya kepada Neymar.

Rujukan

1. BBC – http://www.bbc.com/sport/football/26285429

2. Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2960949/Mario-Balotelli-thanks-Jordan-Henderson-letting-penalty-Liverpool-captain-Steven-Gerrard-criticises-striker.html

3. Man. United – http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Football-News/2012/Nov/sir-alex-ferguson-thinks-giggs-is-his-best-penalty-taker.aspx

4. Goal – http://www.goal.com/en/news/15/german-football/2015/08/30/14884732/robben-vidal-wanted-to-take-my-penalty

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN