Jaringan voli menarik Mesut Ozil pada separuh masa pertama cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Newcastle di Emirates. Sekaligus menamatkan rentetan 3 perlawanan tanpa kemenangan.
Teknik yang sempurna oleh Ozil untuk merembat bola yang datang kepada beliau.
https://twitter.com/J4CK_G0DD4RD/status/942053637353811969
Kemenangan ini meneruskan cabaran Arsenal untuk slot UCL pada musim hadapan. Lebih menarik mereka memintas Burnley selepas skuad Sean Dyce sekadar seri menentang Brighton.
Newcastle meneruskan kempen hambar mereka dengan kekalahan ke-8 daripada 9 perlawanan terakhir dan kini bertarung dalam zon penyingkiran.
Arsenal menguasai penuh perlawanan ini. Selain daripada gol Ozil, Arsenal memiliki beberapa peluang terhidang namun pasukan lawan secara keseluruhannya bertahan dengan baik.
Arsenal tetap memiliki isu ketika bertahan. Mujurlah Petr Cech cemerlang dalam perlawanan ini.
Jack Wilshere turut dalam kondisi terbaik dan beraksi selama 90minit selepas membuat debut EPL minggu lalu. Pemain muda Arsenal, Ainsley Maitland-Niles diarahkan bermain dalam peranan yang sangat ‘advance’.
Alexis Sanchez antara pemain yang terus menjadi nadi pasukan Arsenal musim ini. Sebelum gol Ozil, percubaan deras Sanchez telah dihadang oleh Yedlin.
Newcastle lebih positif pada separuh masa kedua untuk melancarkan serangan ke kubu Arsenal. Kemasukan Matt Richie antara perkara yang menambahkan sedikit kualiti Newcastle di dalam padang.
Perlawanan seterusnya adalah Arsenal akan bertemu dengan West Ham dalam Piala Liga dan selepas itu Liverpool dalam perlawanan 2 hari sebelum Hari Natal.