Pasukan Kuala Lumpur Sudah Hampir Lengkap Sepenuhnya

Persiapan pendatang baru Liga Super 2018, Kuala Lumpur FA kini sudah memasuki fasa akhir selepas 24 pemain telah menandatangani kontrak untuk bersama pasukan warga kota itu bagi mengharu­ngi cabaran Liga Super musim depan.

Presiden Persatuan Bo­la Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan mengesahkan perkara itu selepas bertemu semua pemainnya.

Menurutnya, hanya ada satu slot pemain yang masih kosong dan kemungkinan bakal diisi oleh pemain import kuota Asia Tenggara dari Indonesia tetapi perbincangan masih dijalankan antara kedua-dua belah pihak.

Majlis Tandatangani Pemain KLFA Musim 2018 yang berlangsung di Putrajaya. FOTO: Kuala Lumpur The City Boys

“Buat masa ini, pasukan kami sudah hampir lengkap selepas selesainya proses menandatangani 24 pemain. Hanya ada satu kekosongan yang tinggal iaitu slot import dari Asia Tenggara.

“Apa yang boleh saya beritahu adalah dia merupakan pemain kebangsaan Indonesia dan beraksi di posisi pertahanan. Secara ke­seluruhan, saya gembira dengan barisan pemain pasukan kami musim ini,” katanya kepada wartawan di Menara Seri Wilayah, Putrajaya.

Menurut sumber daripada laman bolasepak Indonesia, pemain dari Indonesia yang dimaksudkan ialah Achmad Jufriyanto yang beraksi untuk pasukan Persib Bandung dalam saingan Liga Indonesia musim ini. Jufriyanto dikhabarkan tidak dapat perlepasan daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk berhijrah ke Liga Malaysia.

“Pemain itu sudah bersetuju menyertai Kuala Lumpur, tapi dia tidak mendapat pelepasan daripada PSSI. Tapi, dia kini berusaha untuk memastikan dia boleh bersama kami.

“Memang kami sudah lama cuba mendapatkan pemain dari Indonesia kerana permainan dan budaya mereka lebih kurang dengan liga kita.

“Malah, rakyat Indonesia juga ramai yang berada di Lembah Klang. Jadi ia pasti dapat memberi hiburan tambahan kepada mereka dan menarik lebih ramai penyokong,” katanya kepada berita harian.

Antara muka baharu tempatan yang bakal menguatkan skuad kendalian Fabio Silva itu ialah Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak dari Perak, Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Mohd. Firdaus Fauzi (Terengganu) dan Mohd Saiful Nizam Miswan dari Pahang.

Tonggak import yang bakal mengemudi jentera skuad juara Liga Premier itu musim depan ialah Junior de Souza, Paulo Josue, Boburjon Akbarov dan penyerang sensasi, Guilherme de Paula yang dikekalkan.

Skuad warga kota sudah mulakan latihan sejak beberapa hari lalu. FOTO: Kuala Lumpur The City Boys

Adnan juga berharap dapat menyaksikan para pemain Kuala Lumpur beraksi di Stadium KLFA, Cheras tetapi segalanya perlu mendapat kelulusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dahulu.

“Kami sedang berusaha menjadikan Stadium KLFA, Cheras sebagai gelanggang rasmi musim depan. Justeru, kami sedang melakukan yang terbaik untuk memperbaiki permukaan padang dan harap ia dapat diluluskan tidak lama lagi.

“Sekiranya masih gagal, mungkin kami terpaksa menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang seperti musim lalu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN