Seorang pemain muda yang mempunyai darah kacukan Malaysia-England, Hong Wan sah sertai skuad bawah 23 tahun Wolverhampton Wanderers selama dua tahun mulai musim depan.
Pemain yang berusia 18 tahun itu dilahirkan di London dan merupakan produk akademi Charlton Athletic sebelum menyertai Glovers. Beliau beraksi di posisi tengah dan juga merupakan bekas kapten skuad Yeovil Town B-18.
Wolves are set to announce the signing of Hong Wan from Yeovil Town FC. The 18 year old has reportedly signed a 2 year professional contract with wolves. #WWFC #TheWolfPack pic.twitter.com/LFMP8Fe1Jg
— 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐋𝐅𝐏𝐀𝐂𝐊™️ (@Wolfpackwwfc) May 22, 2019
“Ianya satu peluang yang baik dan saya sangat bersyukur dapat peluang beraksi di kelab yang hebat ini. Kita semua tahu musim ini Wolves merupakan pasukan yang hebat bukan sahaja skuad utama, malah barisan pemain bawah 23 tahun juga sangat bagus.
“Wolves juga merupakan salah sebuah kelab yang sedang berkembang. Saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Wolves.
✍️ Wolves have signed Hong Wan from Yeovil Town.
Welcome to Wolves Hong.#WWFC #TheWolfPack pic.twitter.com/sKK3U3g2qO
— 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐋𝐅𝐏𝐀𝐂𝐊™️ (@Wolfpackwwfc) May 23, 2019
“Saya sebelum ini menjadi kapten bawah 18 tahun di Yeovil Town pada musim lalu dan kami mengharunginya dengan baik, di mana kami mencapai tahap tertinggi dalam lingkungan usia kami.
“Saya mempunyai musim yang cemerlang di sana, dan saya tidak sabar untuk berada di sini (Wolves),“tambahnya.
Walaupun hanya menyertai skuad bawah 23, Hong Wan mahu melakukan yang terbaik untuk memikat jurulatih supaya dapat diserap menyertai skuad utama.
“Saya mahu mencabar diri sendiri berada dalam kesebelasan utama skuad B-23 musim depan, berharap dapat diserapkan ke dalam skuad utama.
“Berada di sekeliling barisan utama memang menakjubkan. Kali pertama berada di sini anda boleh lihat kualiti kelab ini. Kejayaan mendapat tiket beraksi di Europa League pada musim depan selepas menduduki tempat ke 7 dalam liga perdana sangat hebat,” ujarnya.