Quantcast

BERITA

Piala Dunia B-20: Argentina Belasah Afrika Selatan, Perancis Dan Portugal Tepati Ramalan

Semalam berlangsung perlawanan pembukaan untuk kumpulan E dan F bagi Piala Dunia B-23 yang berlangsung di Poland. Kesemua pasukan pilihan berjaya mendapatkan 3 mata.

Kumpulan E: Perancis atasi Saudi Arabia

Perancis membuka kempen kumpulan E dengan kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi. Perlawanan boleh dikatakan seimbang sehinggalah pemain Arab Saudi, Faraj Abdullah Al Ghashayan dilayangkan kad merah.

Perancis menggunakan kelebihan seorang pemain dengan sebaik mungkin.

Perancis menang dengan 2 gol hasil jaringan Youssouf Fofana dan Amine Gouiri.

Dalam satu lagi perlawanan Panama dan Mali berkongsi 1 mata hasil daripada keputusan seri 1-1.

Berikut adalah kedudukan kumpulan E ketika ini:

Kumpulan F: Argentina ratah Afrika Selatan

Argentina dengan mudah meratah Afrika Selatan dalam perlawanan yang awalnya nampak seimbang.

Afrika Selatan menggunakan khidmat pemain yang bermain di akademi Liga Perancis iaitu Lyle Foster, Kobamelo Kodisang dan Khulekani Kubheka.

Sementara itu Argentina memiliki pemain muda berbakat Ezequiel Barco dan Fausto Vera yang dianggap pemain tumpuan dalam kejohanan kali ini.

Argentina di hadapan menerusi Vera pada minit ke-4. Namun sebelum rehat Afrika Selatan menyamakan kedudukan menerusi Keenan Phillips.

Pada separuh masa kedua, Argentina terlalu unggul untuk Afrika Selatan. Barco meletakkan Argentina kembali di hadapan.

Afrika Selatan kemudian mengalami mimpi ngeri apabila Phillips dilayagkan kad merah kerana bentesan merbahaya ke atas Francisco Ortega.

Barco dan Julian Alvarez menambah gol untuk Argentina untuk menjadikan kedudukan 4-1. Afrika Selatan menjaringkan gol sagu hati ke-2 pada 5 minit sebelum wisel penamat. Namun begitu Argentina menambah satu lagi gol pada masa kecederaan.

Dalam satu lagi perlawanan, Portugal menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan.

Jaringan tunggal perlawanan adalah menerusi Francisco Trincao pada minit ke-7.

Pada minit ke-12, Portugal menambah 1 lagi gol namun ianya dibatalkan oleh VAR.

Korea Selatan tampil dengan aksi lebih baik pada separuh masa kedua. Namun mereka tumpul di hadapan gol.