Wolverhampton Wanderers Sah Kembali Ke EPL Musim Hadapan

Pendahulu carta EFL Championship, Wolverhampton Wanderers sudah mengesahkan slot ke Premier League musim hadapan.

Mereka mengesahkan tiket kembali itu tanpa sebarang aksi perlawanan liga pada semalam. Wolves hanya perlu mengharapkan Fulham seri menentang Brentford.

Sah ke EPL

Dalam perlawanan antara Fulham menentang Brentford, Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol pendahuluan untuk tuan rumah pada minit ke-70.

Namun, Brentford berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan. Gol The Bees diraih oleh Neal Maupay.

Maka dengan perlawanan berakhir dengan seri, Fulham gagal untuk menyekat peluang Wolves. Sudah pasti aura derbi London Barat antara Fulham dengan Brentford akan membara.

Wolves bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri pada Ahad untuk menentang Birmingham City.

Bergembira

Pemain Wolves dilihat bergembira di atas keputusan itu. Malah ada beberapa pemain sempat mencuri masa mengemaskini akaun Twitter mereka.

Antaranya kapten mereka, Danny Batth;

Asakan Cardiff

Cardiff mengasak Wolves dengan menang ke atas Norwich 0-2 di Carrow Road semalam. Dengan kemenangan itu, mereka perlu mempertahankan kelebihan untuk meraih slot automatik atau terpaksa mengharungi play-off.

Bluebirds meraih gol melalui Kenneth Zohore dan Junior Hoilett. Gol itu dijaringkan masing-masing pada minit ke-86 dan minit ke-90+3.

Masih terbuka

Kedudukan tangga teratas EFL Championship selepas 43 perlawanan. Sumber: EFL.

Peluang untuk menembusi zon play-off masih terbuka. Dua pasukan yang berada di tangga ke-5 dan ke-6 bila-bila masa akan terkeluar dari zon play-off.

Bristol City yang berada di tangga ke-11 liga perlu menang semua baki perlawanan di samping mengharapkan pasukan lain keciciran mata. Dijangkakan penentuan slot play-off akan diketahui pada perlawanan terakhir liga.

Cardiff, Fulham dan Aston Villa paling kurang akan beraksi dalam play-off. Ketiga-tiga pasukan ini akan bersaing untuk satu slot automatik yang terakhir.

Karam di lautan duka

Carta kelab terbawah EFL Championship selepas 43 perlawanan. Sumber; EFL.

Ada beberapa kelab masih dalam persaingan mengelakkan penyingkiran liga.

Sunderland contohnya perlu menang baki 3 perlawanan dan mengharapkan kelab lain terlepas mata penting. Begitu juga dengan Burton dan Barnsley.

Bolton, Birmingham dan Reading belum tentu selamat. Berkemungkinan juga penentuan selamat atau sebaliknya akan diketahui pada hari terakhir liga.

Kembalinya Battle of Wales

Mungkin Cardiff akan kembali ke Premier League. Sekaligus menghidupkan semula Battle of Wales.

Itu pun jika Swansea kekal di Premier League dan Cardiff dapat naik. Pertemuan mereka itu dijangkakan panas musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN