Terlalu Emosi Kritik Pengadil, Gary Lineker Sifatkan Buffon Melampau

Gary Linker tidak gembira dengan sikap Buffon selepas tamat perlawanan suku akhir ke-2 di antara Juventus dan Real Madrid.

Juventus disingkirkan oleh Real Madrid pada masa kecederaan meskipun sudah berjaya membatalkan (cancel) kelebihan gol di tempat lawan milik Real Madrid.

Pengadil perlawanan dari England, Michael Oliver menghadiahkan sepakan penalti selepas Benatia mengasari Vazquez. Buffon kecewa dengan sikap pengadil dan membantah. Ianya membuatkan Buffon dilayangkan kad merah.

Buffon menganggap Michael Oliver tak sensitif dan hanya seorang pembunuh sahaja yang mampu memusnahkan impian orang lain seperti yang dilakukan oleh Michael Oliver.

Buffon juga menganggap Oliver tiada hati perut, cuma ada tong sampah dalam diri dia. Lineker jelas tidak gembira dengan cara Buffon mengkritik Oliver.

Kesannya, Michael Oliver menjadi subjek serangan di media sosial termasuk isteri dan keluarga beliau yang lain.

“Serangan hebat ke atas Oliver dan isterinya adalah menjijikan.”

“Saya sangat mengagumi Buffon tetapi sikap beliau tempoh hari memarakkan lagi keadaan dan tidak terkawal.”

“Bagi saya, Oliver telah melakukan tugas beliau sebaik mungkin dan sukar untuk mempertikaikan keputusan beliau itu. Saya faham akan emosi beliau dan sudah tiba masanya untuk memadamkannya, Gianluigi.”

Selain daripada Lineker, legenda Juventus yang juga bekas rakan sepasukan Buffon, Allesandro Del Piero turut mempertikaikan sikap Buffon. Del Piero terkejut dengan cara Buffon menangani isu tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN