‘Wira Sebenar’ – Aksi Menyelamat Thibaut Courtois Dianggap Paling Agung Dalam Sejarah Final Kejuaraan Eropah

Thibaut Courtois Real Madrid UCL
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Seluruh dunia hari ini menjadi saksi kepada aksi penjaga gol antara yang terhebat dalam sejarah bola sepak Eropah. Persembahan cemerlang Thibaut Courtois memastikan Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Liverpool 1-0.

Dalam aksi final yang berlangsung di Stade de France, penjaga gol Belgium tersebut telah menyelamatkan sembilan percubaan untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi dan seterusnya menghadiahkan kejuaraan Eropah ke-14 buat The Los Blancos.

Jaringan penyerang Brazil, Vinicius Jr pada minit ke-59 menoktahkan kemenangan bersejarah buat kelab gergasi Sepanyol berkenaan, namun rata-rata pemerhati melihat Courtois adalah individu yang selayaknya mendapat penghormatan dalam perlawanan akhir ini.

Sepanjang kempen UCL musim ini, beliau telah mencatat lima perlawanan tanpa bolos dan menyelamatkan 59 percubaan dengan peratusan 80.56 peratus.

Beliau menghabiskan tujuh tahun kariernya di England bersama Chelsea dengan merekodkan 48 aksi tanpa bolos daripada 128 perlawanan liga sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2018.

Kini Courtois boleh berbangga dengan penambahan koleksi medal kejuaraannya selepas turut memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga, tiga La Liga, Copa del Rey, Piala Super Sepanyol, Liga Europa, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Dengan rekod dan statistik tersebut, sukar untuk menafikan bahawa beliau adalah penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.

“Saya pernah kata, apabila Madrid beraksi di final, mereka akan menang. Saya gembira menjadi sebahagian daripada sejarah ini,” ujar pemain berusia 30 tahun tersebut selepas perlawanan.

“Saya terima banyak kritikan walaupun melalui musim yang menakjubkan. Saya amat berbangga dengan pasukan ini, kami menewaskan antara kelab terbaik di dunia. [Manchester] City dan Liverpool, mereka amat luar biasa pada musim ini.”

Bagi Courtois, selama ini namanya tidak mendapat penghormatan yang selayaknya dan aksi ‘Man of the Match’ pada perlawanan akhir ini telah membuktikan segalanya.

“Hari ini, saya telah menang perlawanan akhir [UCL]. Segala kerja keras ini adalah untuk meletakkan penghormatan selayaknya kepada nama saya, kerana saya rasa tidak mendapat penghormatan yang secukupnya, terutamanya ketika di England.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN