Windsor John: “Main Liga 3 Pusingan Tak Akan Buat Pemain Jadi Lebih Bagus”

Windsor John

Datuk Windsor John selaku Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberi pendapat mengenai tiga pusingan untuk satu saingan liga bukan keperluan utama dalam membentuk pemain berkualiti terutama untuk mencabar di peringkat antarabangsa.

Ketika ini, apa yang perlu dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan badan penganjur, Malaysian Football League (MFL) adalah untuk meneliti terlebih dahulu laporan dan saranan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Saranan tersebut adalah sama ada ia dilihat bersesuaian dengan keperluan pasukan di Asia atau sekadar merujuk kepada modul yang ada dari Eropah semata-mata.

Jelas beliau, jika saranan daripada FIFA tersebut hanya untuk meningkatkan jumlah perlawanan tanpa mengambil kira kualiti permainan juga merupakan sesuatu perkara yang salah.

“Contohnya pemain kebangsaan, adakah mereka akan bermain dalam semua perlawanan termasuk Piala FA dan Piala Malaysia dalam satu musim?”

“Pengarah teknikal AFC biasanya mengatakan seseorang pemain itu perlu bermain lebih kurang 40 perlawanan untuk berada di tahap tertinggi bagi beraksi dalam pasukan kebangsaan,” katanya di Nadi Weekend.

Pendapat beliau secara tidak langsung telah menyangkal sasaran Pengarah Teknikal AFC, Andy Roxpurg yang menganggap 40 aksi kompetitif adalah sangat ideal demi keperluan pemain kebangsaan untuk hadir dengan lebih berkualiti di perlawanan antarabangsa.

Untuk itu, Windsor telah memberi cadangan agar sesuatu liga itu perlu diadakan mengikut kesesuaian dengan kancah tempatan tanpa perlu mengikut saranan daripada luar yang belum pasti dapat diterapkan dengan baik.

“Untuk hanya meningkatkan jumlah perlawanan sahaja tanpa mengambil kira tahap kompetitif pun tidak berguna, cuma tambah pemain dan perlawanan.

“Jadi mereka perlu mencari maklumat sebelum buat keputusan  tentang maklumatnya dan siapakah yang memberinya,” katanya.

Jelas beliau, walaupun pakar-pakar AFC memberi pelbagai cadangan untuk meningkatkan mutu perjalanan Liga Malaysia, tetapi MFL tidak perlu mengikut sepenuhnya kerana faktor kesesuaian dalam kancah bola sepak negara.

Beliau juga mahu Malaysia untuk mengikut resepi sendiri mengikut cara yang betul tanpa perlu bergantung dengan pendapat-pendapat luar untuk mengubah cara perjalanan bola sepak negara.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN