5 Pemain Centre Back Kidal Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak

Pemain centre-back berkaki kidal sememangnya sangat sukar untuk ditemui dalam dunia bola sepak hari ini, dan permintaan untuk pemain seperti mereka tersangatlah tinggi.

Sejak beberapa musim kebelakangan ini, pemain centre-back kidal menjadi antara pemain paling diburu oleh kebanyakkan kelab-kelab gergasi dalam dunia bola sepak.

Semua sedia maklum yang pemain berkaki kiri sememangnya golongan yang agak minoriti dalam dunia bola sepak, dan kehadiran mereka sebenarnya memberikan satu dinamik yang cukup menakjubkan untuk sesebuah pasukan itu.

Kebiasaannya pemain kidal yang bermain di posisi penyerang atau full-back sahaja yang menjadi buruan kebanyakkan kelab dalam dunia bola sepak, namun kini, pemain di posisi centre-back turut sama menjadi kegilaan ramai.

Pemain berkaki kidal akan membantu untuk memberi keseimbangan kepada skuad masing-masing, dan itulah hal yang paling diharapkan oleh kebanyakkan pengurus.

Adalah tersangat menarik untuk menggandingkan pemain centre-back berkaki kanan bersama pemain kidal sebagai pemain utama di atas padang.

Memiliki pemain kaki kiri dan kanan jelas sangat membantu sesebuah pasukan itu, terutama seandainya mereka melakukan build up serangan dari bawah.

Ia memudahkan lagi untuk menghantar bola dan bertukar hantaran dari kedua-dua arah kerana gandingan mereka akan menghasilkan lebih banyak ruang untuk melakukan hal tersebut.

Hal ini juga secara tidak langsung membantu mempercepatkan serangan mereka, dan seandainya mereka memiliki pemain yang pantas, itu sudah dianggap bonus.

Tanpa membuang masa, berikut merupakan lima pemain centre-back kidal terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

5. Pau Torres (Villarreal)

Pemain centre-back Villarreal, Pau Torres telah berjaya mencuri perhatian kebanyakan kelab-kelab gergasi di benua Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dikenali sebagai ‘ball-playing centre-back’ dan beliau merupakan pemain terpenting yang membantu Villarreal menjuarai saingan Europa League pada musim lalu.

Kemampuan pemain berusia 24 tahun itu untuk membawa bola dan melakukan build up membantu jentera serangan sememangnya cukup menakjubkan.

Secara purata, beliau mampu melakukan 58 hantaran dalam setiap perlawanan sepanjang tahun 2021 yang lalu, dan beliau juga mempunyai kemampuan yang sangat mengagumkan dalam memenangi perebutan bola di udara.

Tackle bukanlah kelebihan utama yang dimiliki oleh Pau Torres, namun dengan kebijaksanaan dan kemahiran beliau melakukan hadangan, ia sudah cukup untuk menutupi kelemahan beliau itu.

Kelab gergasi seperti Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Pau Torres.

4. Alessandro Bastoni (Inter Milan)

Pemain centre-back Inter Milan, Alessandro Bastoni sebenarnya memulakan kariernya sebagai pemain full-back sebelum beliau sepenuhnya beralih ke posisi centre-back.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan antara pemain terpenting Inter Milan dan juga turut dianggap sebagai pemain paling berprestasi ketika kejayaan mereka menjuarai saingan Serie A musim lalu.

Bastoni merupakan seorang lagi pemain centre-back kidal yang memiliki skill dan kemampuan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau merupakan pemain yang paling banyak menggerakkan bola dari bawah ke atas, dan mengikut statistik, beliau berada di kedudukan lima terbaik dalam saingan Serie A musim 2020/21.

Bastoni menjadi pemain utama dan nadi penting dalam skuad Nerazzurri dengan beliau diturunkan 17 kali dalam kesebelasan utama Inter Milan sepanjang musim ini.

Beliau juga berjaya mencatatkan dua assists sepanjang tempoh tersebut, dan Bastoni diakui merupakan pemain pertahanan terbaik dalam saingan Serie A pada ketika ini.

3. Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain)

Perancis tidak dinafikan pada ketika ini memiliki begitu ramai bakat-bakat hebat yang bermain di posisi pertahanan, dan Presnel Kimpembe merupakan kepala kepada semua pemain muda tersebut.

Pemain pertahanan Paris Saint Germain itu memiliki kekuatan fizikal yang menakjubkan, seorang pemain yang sangat aggressive dan mampu berdepan dengan barisan penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Kimpembe sangat teliti dalam penguasaan bola, dan secara puratanya beliau mampu melakukan lebih dari 70 hantaran berjaya dalam setiap perlawanan.

Beliau juga turut berjaya mencatatkan purata hantaran tinggi berjaya yang paling banyak dengan merekodkan 95.7 hantaran berjaya dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Di usia 26 tahun, Kimpembe dijangka akan sampai ke kemuncak kariernya tidak lama lagi, dan tidak ada keraguan lagi yang beliau bakal mempamerkan aksi yang lebih baik dalam satu ke dua tahun ke hadapan ini.

Sebagai tambahan, selain memiliki kualiti hantaran yang menakjubkan, beliau juga mahir dalam melakukan tackle dan turut kental ketika perebutan bola di udara.

2. Aymeric Laporte (Manchester City)

Manchester City tidak dinafikan lagi memiliki beberapa pemain centre-back berkelas dunia dalam skuad mereka pada ketika ini.

Kepala kepada kesemua pemain itu jelas sekali merupakan Aymeric Laporte, dan agak mengejutkan juga untuk melihat yang pemain kebangsaan Sepanyol itu pada ketika ini hangat dikaitkan bakal meninggalkan kelab pada musim panas lalu.

Hal ini kerana Laporte sudah jarang diturunkan dalam kesebelasan utama skuad, terutama kerana Ruben Dias dan John Stones berjaya mencipta gandingan yang mantap.

Beberapa siri masalah kecederaan dan kecergasan telah menyebabkan Laporte terpaksa diketepikan untuk tempoh yang agak panjang pada musim 2020/21 yang lalu.

Dek kerana beliau sering diketepikan, maka John Stones telah dipilih sebagai pemain utama dan kerana bintang England itu beraksi cemerlang, maka sukar untuk Laporte mendapatkan semula tempatnya dalam kesebelasan utama.

Beliau turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang musim ini dengan beliau turut mencipta gandingan yang sungguh mantap bersama Ruben Dias.

Sama seperti pemain lain yang ada dalam senarai ini, Laporte merupakan pemain centre-back kidal yang mahir dalam memulakan build up dan membantu jentera serangan.

Beliau secara puratanya mampu melakukan 88.25 peratus hantaran berjaya dalam setiap perlawanan sepanjang tahun lalu, dan meningkat kepada 95.2 peratus pada musim ini.

1. David Alaba (Real Madrid)

David Alaba terbukti merupakan penandatanganan yang sangat sempurna untuk Real Madrid, dengan pemain kebangsaan Austria itu merupakan salah seorang pemain paling versatile yang ada dalam dunia bola sepak hari ini.

Kemahiran teknikal yang beliau miliki membantu beliau untuk menjadi pemain serba boleh dan nadi kepada setiap pasukan yang beliau wakili.

Ketika awal kariernya, Alaba bermain di posisi pertahanan kiri, dan beliau juga boleh bermain di posisi pemain sayap kiri serta central midfielder.

Jelas sekali kualiti hantaran yang beliau miliki membantu beliau untuk cemerlang ketika beraksi di semua posisi tersebut.

Kualiti teknikal yang beliau miliki berjaya menjadikan Alaba sebagai salah seorang pemain centre-back terhebat dalam dunia bola sepak, walau itu bukan posisi asalnya.

Beliau sangat tenang ketika bertahan dan sukar untuk melihat Alaba melakukan tackle sia-sia ketika bertahan dari serangan pasukan lawan.

Beliau tenang mengawal bola dan memulakan build up dari bawah sebaik bertahan dari serangan yang dilancarkan oleh pasukan lawan.

Secara puratanya, beliau berjaya mencipta 92.7 peratus hantaran tepat untuk Real Madrid dalam saingan La Liga sepanjang musim ini.

Selain kental ketika bertahan, Alaba juga sebenarnya memiliki kemampuan yang menakjubkan di kawasan final third, dengan beliau sudah berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan tiga assists dari 18 penampilan bersama Los Blancos musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN