CONIFA: Wilayah Yorkshire Bentuk Pasukan Bola Sepak Antarabangsa Sendiri

Lawan mereka nanti ialah pasukan kebangsaan Catalonia. Selain itu, pasukan seperti Tibet, Greenland mahu pun Zanzibar juga boleh mereka hadapi di padang bola sepak.

Itulah yang bakal lawan mereka nanti. Wilayah Yorkshire di England telah secara rasminya membentuk pasukan bola sepak sendiri. Badan pengurusan mereka dikenali oleh Yorkshire International Football Associaton (YIFA).

YIFA melantik Ryan Farrell sebagai pengurus pasukan. Ryan merupakan jurulatih akademi Bradford City.

Mesti lahir di Yorkshire!

Doncaster dan Leeds United antara kelab yang berkedudukan di wilayah Yorkshire. Sumber: BBC.

Syarat-syarat untuk bermain dalam pasukan ini ialah, mesti dilahirkan di wilayah Yorkshire. Malah, idea ini telah menarik perhatian ramai pemain bola sepak di liga bawahan Inggeris.

Pengerusi YIFA, Phil Hegarty memaklumkan kepada BBC bahawa, selain beraksi di padang, pemain yang terpilih mesti menjalani satu aktiviti. Pemain mesti turun padang untuk mempromosikan warisan Yorkshire kepada masyarakat dunia.

Kerja keras YIFA ini dibantu oleh sebuah kelab amatur, Hemsworth. Hemsworth telah memberikan kemudahan untuk digunakan dalam pemilihan terbuka pasukan pada Ahad lalu.

Selain itu, dana telah disumbangkan oleh masyarakat sekitar wilayah itu. Selain itu, mereka juga dibantu oleh agensi pemasaran sekitar. Pasukan itu sudah melancarkan jersi rasminya yang menggunakan warna biru gelap.

Merancang sertai CONIFA

Jersi Yorkshire. Sumber: Daily Star.

YIFA telah merancang untuk menyertai CONIFA atau nama penuhnya, Confederation of Independent Football Association. CONIFA ditubuhkan untuk memberikan peluang wilayah-wilayah belum merdeka untuk beraksi dalam bola sepak.

CONIFA juga mempunyai keahlian daripada komuniti bangsa minoriti. Antara ahli mereka ialah Greenland, Northern Cyprus, Abkhazia dan juga Greenland.

CONIFA mewujudkan kejohanan yang dinamakan World Football Cup. World Football Cup tahun 2018 akan dianjurkan di England. Seperti Piala Dunia, mereka turut mempunyai pusingan kelayakan.

Namun begitu, YIFA terlewat menghantar permohonan keahlian. Sekaligus ia menjadikan mereka terlepas peluang untuk menyertai World Football Cup tahun hadapan.

Adakah ia tindakan tepat?

Pasukan Abkhazia memenangi CONIFA World Football Cup pada tahun 2016.

Kewujudan CONIFA ini sebenarnya masih belum menjadi ancaman kepada FIFA. Malah, ahli-ahli CONIFA sendiri pun bukanlah terlalu berpengaruh.

Tetapi, bagi untuk kestabilan sesebuah rantau, agak sukar FIFA menerima keahlian daripada wilayah yang menjadi pertikaian. Apatah lagi banyak lagi faktor yang menyekat FIFA untuk menerima keahlian negara baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN