UCL: Atletico Bungkus Awal, Manchester United Juara Kumpulan, Bayern Benam PSG

Kumpulan A: Man. United juara kumpulan

Manchester United bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 2-1 ke atas CSKA Moscow. Vitinho menjaringkan gol sebelum rehat.

Namun Manchester United bangkit menerusi gol Lukaku dan Marcus Rashford pada separuh masa kedua. United menang 2-1.

Dalam satu lagi perlawanan Benfica melalui kempen UCL yang teruk kali ini apabila gagal menang sebarang perlawanan dan gagal mengutip sebarang mata. Benfica tewas 2-0 di tempat sendiri di tanga Basel.

Manchester United dan Basel mara ke pusingan kalah mati, manakala CSKA akan mara ke pusingan kalah mati Liga Europa.

Kumpulan B: Bayern Munich tewaskan PSG

Minggu yang sukar untuk PSG, apabila tewas 2 dalam perlawanan berturut-turut. Sebelum ini mereka tewas di tangan Strasbourg. Dalam perlawanan awal pagi mereka tewas dalam perlawanan menentang Bayern Munich di Allianz Arena.

Bayern menang 3-1 ke atas PSG. Bekas pemain Lyon, Tolisso menjaringkan 2 gol dan satu gol lagi dijaringkan oleh Lewandowski. Jaringan tunggal PSG dijaringkan oleh Mbappe.

Dalam satu lagi perlawanan, Celtic memastikan mereka mara ke Liga Europa meskipun tewas 1-0 di tangan Anderlecth. Perbezaan jaringan memisahkan kedua-dua pasukan yang berkongsi 3 mata.

Kumpulan C: Chelsea humban Atletico ke Liga Europa

Semifinalis tahun lalu dan juga bekas 2 kali finalis dalam 4 edisi terakhir UCL, Atletico Madrid ditunjukkan jalan keluar oleh Chelsea.

Keputusan seri dengan Qarabag sebelum ini ternyata menghantui mereka kali ini. Roma menang ke atas Qarabag dalam satu lagi perlawanan.

Atletico mendahului menerusi Saul dalam perlawanan ini. Namun disamakan Chelsea menerusi gerakan Eden Hazard yang membuatkan Savic menjaringkan jaringan sendiri.

Walaupun menang, Atletico juga gagal ke pusingan seterusnya dengan keputusan yang dicatatkan Roma. Keputusan seri ini juga membuatkan Chelsea gagal untuk menjuarai kumpulan C.

Roma menjadi juara kumpulan. Ianya juga hasil keputusan positif Roma ke atas Chelsea sebelum ini. Atletico akan ke beraksi dalam kalah mati Liga Europa.

Kumpulan D: Barcelona juara kumpulan

Kumpulan D adalah perlawanan yang menentukan siapa juara kumpulan di antara Barcelona dan Juventus. Ternyata Barcelona terus cemerlang dalam saingan UCL kali ini.

Mereka menang 2-0 ke atas Sporting CP menerusi jaringan Alcacer dan Jeremy Mathieu. Menarik juga cara twitter Barcelona mengumumkan penjaring gol, dengan klip PES 2018.

Juventus menang tipis ke atas Olympiacos. Juve menjadi naib juara kumpulan. Manakala Sporting CP akan ke pusingan kalah mati Liga Europa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN