Liverpool meneruskan permulaan cemerlang mereka musim ini dengan menewaskan Spurs dalam perlawanan tumpuan minggu ini. Spurs tidak dapat menurunkan Dele Alli dan Hugo Lloris.
Liverpol hampir mendahului seawal minit ke-2 namun gol Firmino dibatalkan kerana Sadio Mane berada dalam kedudukan ofsaid.
Mohamed Salah merembat bola tepat ke arah Vorm selepas merampas bola di garisan akhir pertahanan Spurs.
Wijnaldum membuka tirai jaringan minit ke-39. Itu adalah gol EPL pertama beliau di temat lawan dalam sejarah karier beliau.
10 minit selepas separuh wisel separuh masa kedua, Liverpool berada 2 gol di hadapan menerusi Roberto Firmino yang menyumbat mudah bola yang gagal dikeluarkan pertananan.
Tottenham vs Liverpool is now the Premier League's highest-scoring fixture of all-time (152 goals), overtaking Arsenal vs Everton (151 goals).
It's always a goal fest. ⚽️ pic.twitter.com/l1BCQbj0QC
— Squawka (@Squawka) September 15, 2018
Liverpool memiliki beberapa peluang keemasan untuk menambah gol namun gagal lebih tajam di hadapan gol. Antaranya adalah peluang Naby Keita.
Pada masa kecederaan Liverpool melepaskan 1 bolos menerusi sepakan penjuru yang disempurnakan oleh Lamela.
Namun The Reds memastikan 3 mata penuh milik mereka.
Kemenangan ke-5 daripada 5 perlawanan setakat ini. Permulaan terbaik mereka dalam EPL sejak 1991/92.
5 – Liverpool have won their opening five games of a top-flight season for the third time in their history (also 1990-91 and 1978-79). Marker. #TOTLIV pic.twitter.com/eCbxnudoz6
— OptaJoe (@OptaJoe) September 15, 2018
Namun Klopp pastinya tidak gembira dengan aksi trio serangan beliau yang tak cukup klinikal dalam perlawanan ini.
Manakala Spurs pula kelihatan terlalu bergantung kepada Lucas Moura. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan rentak dalam perlawanan ini.
Ini adalah kekalahan kedua Spurs berturut-turut dalam EPL. Sebelum ini mereka tewas dengan skor yang sama di tangan Watford.