Mengenang Kejayaan Wigan Athletic Juara FA Cup 2013: Antara Kejutan Terbesar Bola Sepak

Masih segar dalam ingatan saya kemenangan Wigan Athletic menentang Manchester City pada saingan akhir FA Cup 2012/2013 yang berkesudahan 1-0.

Kemenangan itu hadir menerusi jaringan Ben Watson pada minit ke-88 hasil sepakan penjuru daripada Shaun Maloney.

Pada ketika itu kelab ini sedang bergelut mengelak dari zon penyingkiran ke English Championship musim 2013/2014.

Namun begitu kejutan sepanjang pusingan perlawanan FA Cup pada musim 2012/2013 telah mengejutkan para penyokong mereka untuk merangkul kejuaraan piala tersebut sejak diperkenalkan pada 1871.

Wigan Athletic hanya diletakkan sebagai bukan pilihan utama menjuarai FA Cup 2012/2013 pada perlawanan akhir tersebut.

Kebanyakan undian para penyokong dan pemerhati bola sepak di England memilih Manchester City sebagai pilihan utama untuk mendakap trofi FA Cup pada musim 2012/2013.

Bekas pengurus pasukan, Roberto Martinez merupakan individu yang bertanggungjawab membawa kemaraan pasukan ini ke peringkat akhir tanpa dibarisi pemain-pemain ternama berbanding lawan mereka iaitu Manchester City.

Penekanan penguasaan hantaran pendek yang diterapkan oleh beliau menjadi kunci utama kejayaan pasukan ini disamping persembahan konsisten yang baik dipamerkan pasukan ini menghasilkan keyakinan mereka melonjak sehingga tiupan wisel akhir.

Gambar: Getty Images

Walaupun kelab kerdil, barisan utama kelab ini dibarisi Jean Beausejour, Shaun Maloney, Callum McManaman dan Arouna Kone di bahagian serangan yang sentiasa memberi ancaman bahaya pada pihak lawan apabila melancarkan serangan.

Pemain tengah mereka seperti Jordi Gomez banyak melakukan hantaran pendek kepada rakan pasukannya untuk meningkatkan masa permainan disamping Ben Watson mengawal pergerakan barisan tengah Manchester City yang dibarisi David Silva dan Yaya Toure.

Emerson Boyce, Gary Caldwell, Paul Scharner dan Maynor Figuerora merupakan benteng terakhir pasukan apabila acapkali menerima serangan Sergio Aguero dan Eden Dzeko.

Mereka juga bertanggungjawab merantai segala pergerakan kedua-dua pemain ini untuk mencipta peluang gol sepanjang perlawanan tersebut

Tidak dilupakan Joel Robles yang beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut dengan tangkas menghalang percubaan menarik daripada pihak lawan.

Persembahan cemerlang Robles menutup setiap ruang gol yang mampu dijaringkan para pemain Manchester City ternyata mengecewakan mereka.

Sejak kejayaan Wigan Athletic tersebut, saya menyedari bahawa setiap pasukan perlu menghadirkan sesuatu peluang yang dicipta untuk mendapatkan satu kejayaan pada pasukan.

Tanpa usaha dan komitmen segala perancangan tidak akan terlaksana.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan penulis bernama pena Pahlawan Jebon. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN