Stoke City Sediakan Perkhidmatan Bas Percuma, Bantu Penyokong Pergi ‘Awayday’

Stoke City merupakan antara kelab Premier League yang sudah stabil dari segi namanya.

Mereka merupakan antara kelab yang mempunyai hubungan baik dengan penyokong. Buktinya, mereka menjadi kelab pertama di England yang menyediakan pengangkutan percuma kepada penyokong mereka untuk pergi ‘awayday’.

Program ini diperkenalkan oleh Stoke City sejak 2013 dan ia nyata menggembirakan para penyokong mereka.

Sekurang-kurangnya, penyokong Stoke City yang bertandang ke tempat lawan tidak perlu gusar untuk fikirkan mengenai kos perjalanan untuk ke stadium lawan.

Untuk rekod, seramai lebih 12 ribu penyokong Stoke City menggunakan perkhidmatan ini untuk mengikut pasukan mereka beraksi di gelanggang lawan.

Program ini akan diteruskan dengan Stoke City akan membawa penyokong mereka ke 19 stadium berbeza di Premier League secara percuma pada musim ini.

Ia akan dimulakan dengan lawatan ke Goodison Park menentang Everton.

Ketua Eksekutif Stoke City iaitu Tony Scholes mengatakan kejayaan program ini sungguh ketara menerusi pertambahan bilangan bas yang digunakan untuk membawa penyokong ke gelanggang lawan.

“Jika sebelum ini kami cuma bawa dalam 3 ke 4 bas sahaja untuk membawa penyokong. Kini kami sudah membawa dalam 14 bas ke setiap perlawanan.”

Ini merupakan satu inisiatif yang baik buat pasukan bagi meringkankan beban peminat mereka. Satu usaha yang murni dari Stoke City!

Sumber:

  1. Stoke City (2017): Potters to run with scheme for fifth consecutive campaign…; http://www.stokecityfc.com/news/city-continue-with-free-coach-travel

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN