West Ham 0 Man. City 5: Hatrik Sterling Dan VAR Warnai Perlawanan

Raheem Sterling menjaringkan hatrik pada hari pembukaan untuk Manchester City memulakan kempen mempertahankan kejuaraan.

Selain daripada kisah hatrik Sterling, perlawanan lebih panas dengan VAR yang beberapa kali digunakan dalam perlawanan ini.

Manchester City awalnya bergelut untuk memecahkan benteng West Ham yang sangat berdisplin – walaupun mereka mendahului 1 gol pada separuh masa pertama – menerusi gol Gabriel Jesus.

Bersambung babak kedua, Man. City mulai mendapat rentak mereka. Raheem Sterling menambah 1 lagi gol ketika perlawwanan menuju ke sejam babak aksi.

Walaupun VAR rasminya digunakan di Anfield dalam aksi Liverpool vs Norwich, namun pengadilan merujuk VAR yang pertama adalah di Stadium Olimpik London.

Tinjauan VAR pertama adalah melibatkan insiden Gabriel Jesus untuk gol ke-3. Di mana Raheem Sterling ofsaid ketika gol tersebut.

Sterling kemudian meletakkan City 3 gol di hadapan sekali lagi. VAR juga digunakan untuk memastikan gol bersih. Selepas itu VAR menghadiahkan penalti kepada Man. City.

Aguero gagal menjaringkan gol tersebut, tetapi VAR mengarahkan agar penalti diambil semula kerana Declan Rice masuk ke kawasan kotak penalti dengan cara tidak sah. Aguero tidak melakukan kesilapan pada sepakan kedua.

Sterling menyempurnakan hatrik pada masa kecederaan. Manchester City menang bergaya 5-1.

Tekanan kepada Manuel Pellegrini yang Sebastian Haller dan Pablo Fornals dengan nilai terkumpul £69 juta.

Kemenangan ini meletakkan Manchester City memintas Liverpool untuk berada di puncak liga.

Selepas tamat perlawanan, Rio Ferdinand menganggap VAR terlalu banyak ‘masuk campur’ dalam keputusan pengadil.

Pep Guardiola berterima kasih dengan VAR kerana ia memberikan impak yang baik kepada mental para pemainnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN