West Bromwich Albion Pecat Tony Pulis Selepas 3 Tahun Bersama

Tony Pulis telah dipecat daripada jawatan pengurus West Bromwich Albion sebentar sahaja tadi selepas kekalahan 4-0 ke atas Chelsea pada hujung minggu lalu.

Pengendali berusia 59 tahun ini hanya berjaya membawa 2 kemenangan dalam 21 perlawanan liga terakhir buat West Brom.

Selepas 12 perlawanan, West Brom menduduki tangga ke-17 liga dan hanya mempunyai kelebihan 1 mata berbanding West Ham yang berada di tangga ke-18 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Untuk rekod, kelab yang sinonim dengan panggilan ‘The Baggies’ ini gagal mencapai sebarang kemenangan sejak 19 Ogos yang lalu, dan keputusan pemecatan ini bermakna khidmat Pulis yang hampir genap 3 tahun di The Hawthorns telah berakhir.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, jawatan pengurus West Brom akan diambil alih sementara oleh pembantu pengurus kepada Pulis, Gary Megson yang menyertai West Brom pada Julai yang lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi West Bromwich Albion, John William dipetik sebagai berkata:

“Keputusan untuk berpisah dengan Tony Pulis bukan keputusan yang telah diambil dengan sewenang-wenangnya. Tetapi ia adalah keputusan yang diambil selepas mengira kepentingan kelab bola sepak ini.”

“Bola sepak adalah industri yang berdasarkan keputusan. Dan sejak penghujung musim lalu sehingga ke hari ini dalam kempen yang baru, prestasi semasa kelab ini amat mendukacitakan.”

“Oleh itu kami mahu merakamkan sekalung penghargaan ke atas sumbangan yang telah dibawa oleh Tony Pulis, untuk segala kerja keras yang telah diusahakan terutama ketika kelab berada dalam tempoh transisi pertukaran hak milik.”

“Mewakili pihak kelab, kami mengucapkan ingin selamat maju jaya buat Tony Pulis untuk segala perancangan selepas ini.”

(Photo by Craig Mercer – CameraSport via Getty Images)

Pada musim EPL yang terdahulu, Pulis telah berjaya membawa kelab berkenaan untuk menduduki tangga ke-13, ke-14 dan juga ke-10. Namun kemerosotan prestasi pasukan bimbingannya sejak pengakhiran musim lalu, terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.

Sebelum menyertai West Brom, Pulis turut pernah membantu Stoke City untuk naik ke Liga Perdana Inggeris pada 2008, sebelum beralih angin pada 2013.

Selepas itu Pulis diumumkan sebagai pengurus Crystal Palace pada November 2013, mengubah nasib kelab itu yang sebelum itu terjerumus di dasar liga untuk menamatkan musim tersebut di tangga ke-11 liga.

Pulis diumumkan sebagai Pengurus Terbaik EPL pada tahun musim tersebut, namun meninggalkan Selhurst Park hanya 2 hari sebelum sepak mula musim bari 2014-15 untuk menyertai West Brom.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN