FMLLP Umum Syarat & Kuota Pemain Asing Liga Malaysia 2018-2021

Sebentar tadi Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah mengumumkan jumlah kuota dan juga syarat untuk mendapatkan pemain asing bagi pasukan-pasukan yang akan bertanding di dalam saingan Liga Super Malaysia dan juga 100Plus Liga Premier pada musim hadapan.

Sehubungan dengan itu, satu kenyataan dan juga sebuah infografik telah dimuatnaik dan disiarkan oleh badan penganjur bola sepak Malaysia itu di laman media sosial rasmi, Facebook sebentar sahaja tadi.

Bagi saingan Liga Super Malaysia 2018, FMLLP membenarkan sehingga 5 pemain asing didaftarkan oleh kesemua 12 pasukan yang bertanding pada musim hadapan.

Sumber: Football Malaysia LLP, Facebook.

Daripada jumlah 5 pemain asing tersebut, dua daripada slot tersebut haruslah di kalangan pemain Asia dengan pengambilan seorang pemain daripada ASEAN akan menjadi kemestian.

Syarat tambahan untuk pengambilan pemain asing turut diperkenalkan di dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Untuk saingan musim hadapan, pemain asing dari ASEAN yang ingin beraksi dalam saingan Liga Malaysia harus memiliki sekurang-kurangnya 30 caps bersama pasukan kebangsaan masing-masing dan perlu disahkan oleh persatuan bola sepak negara berkenaan sebelum boleh didaftarkan secara automatik ke dalam pasukan.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Bagi pemain yang tampil kurang daripada 30 kali untuk pasukan negara masing-masing, pemain asing ASEAN tersebut hanya dibenarkan beraksi di Liga Malaysia selepas mendapat pelepasan daripada pihak FMLLP.

Bagi saingan 100Plus Liga Premier, jumlah 4 pemain asing yang ada pada musim sebelum ini akan dikekalkan untuk saingan pada musim hadapan.

Untuk saingan yang adil di peringkat pertandingan Piala FA dan juga Piala Malaysia, hanya maksimum 4 pemain asing sahaja dibenarkan untuk beraksi walaupun pasukan dari Liga Super telah mendaftarkan 5 pemain sebelum itu.

Foto: Rasul Azli Samad

FMLLP turut mengesahkan peraturan ini akan digunapakai di dalam saingan Liga Malaysia untuk 4 musim yang akan datang, sehingga musim 2021 berakhir.

Desas desus penambahan kuota pemain import bukan perkara yang baru. Perkara ini turut pernah dinyatakan sendiri oleh Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam salah satu sesi dialog yang diadakan oleh baginda.

Selain daripada menambah tahap kompetitif saingan Liga Super Malaysia pada musim hadapan, langkah ini dipercayai mampu menaikkan nilai Liga Malaysia sendiri, terutama di mata penaja.

Namun demikian, langkah ini mampu memberi impak negatif jika pasukan bertanding terlampau mengikut nafsu dengan berlumba-lumba mengambil pemain asing tanpa mengira kemampuan.

Untuk itu, setiap pasukan yang bertanding harus bijak mencatur strategi kewangan masing-masing.

Langkah untuk memastikan pemain asing yang beraksi di Liga Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 30 caps (bagi negara ASEAN) bersama pasukan kebangsaan masing-masing juga adalah peraturan yang baru di saingan Liga Malaysia.

Sudah tentu kita mengharapkan pemain tempatan sedia ada mampu untuk belajar dan menambah pengalaman masing-masing ketika beraksi di sisi pemain asing yang sudah terbukti kemampuan masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN