Werder Bremen Kekal Di Bundesliga

Werder Bremen Bundesliga

Pasukan yang pernah menjadi juara Bundesliga, Werder Bremen terselamat dari penyingkiran selepas terikat 2-2 dengan pasukan divisyen kedua Heidenheim dan menang dengan peraturan gol tempat lawan.

Kali terakhir Bremen tersingkir ke liga divisyen dua adalah pada musim 1980/81 yang juga merupakan satu-satunya kempen mereka di luar Bundesliga.

Dalam perlawanan pertama tempoh hari, kedua-dua pasukan terikat 0-0 dan perlawanan timbal balik ini menyaksikan Bremen dua kali mendahului sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan.

Namun dua gol yang dijaringkan oleh Werder Bremen memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat untuk memastikan mereka terus kekal di Bundesliga untuk musim depan.

Gol sendiri oleh pertahanan Heidenheim, Norman Theuerkauf pada awal permainan memberikan Bremen pandahuluan dan pasukan tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-85 untuk menyamakan kedudukan menerusi Tim Kleindienst.

Ludwig Augustinsson kembali meletakkan Bremen di depan pada minit ke-94 sebelum Kleindienst sekali lagi menjaringkan gol menerusi penalti ketika perlawanan sudah memasuki lapan minit pada masa kecederaan.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel penamat, pemain Bremen meraikan kejayaan mereka yang terselamat dari tersingkir ke saingan 2.Bundesliga.

“Tak ada kata-kata lain, cuma perasaan gembira dan senang hati kami berjaya memenangi perlawanan ini selepas apa yang kami lalui pada musim ini,” ujar pengurus Bremen, Florian Kohfeldt.

“Kami ‘mati’ banyak kali tahun ini dan akhirnya berjaya bangkit semula pada penghujung musim. Setiap kritikan kepada pasukan ini saya terima dan bertanggungjawab ke atasnya. Pemain saya harus diberi pujian dengan semangat mereka.”

Kejayaan ini tentunya memberikan kelegaan dan kegembiraan buat penyokong setia Bremen yang sangat menghargai nilai kelab tersebut yang mempunyai sejarah yang sangat hebat.

Anda boleh baca tentang Werder Bremen di sini:

Werder Bremen: Kelab Kecil Yang Berjiwa Besar

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bundesliga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN