Wenger Salahkan Barisan Pertahanan Sebagai Punca Kekalahan

Kesilapan di barisan pertahanan Arsenal harus dipersalahkan hingga mengakibatkan impian mereka untuk merangkul Piala Carabao musnah apabila tewas 0-3 kepada Manchester City di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

“Kami dihukum kesilapan sendiri. Anda tidak boleh katakan yang anda tdak kecewa apabila bolos seperti cara kami dibolosi.

“Peminat Arsenal pastinya lebih kecewa dengan prestasi pasukan berbanding keputusannya,” katanya.

Wenger turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem ulangan video yang sepatutnya memutuskan satu daripada gol berkenaan dibatalkan.

Menurut Wenger jaringan pertahanan City, Kompany pada separuh masa kedua sepatutnya dikira ofsaid oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) yang digunakan buat pertama kali dalam perlawanan akhir piala berkenaan di England.

“Gol kedua adalah ofsaid. Saya tidak tahu, kami menerima VAR, saya menontonnya sekali lagi. Satu misteri bagi saya bagaimana anda boleh melihat tayangan ulangan dan tidak mengiranya sebagai ofsaid,” katanya.

Kelab utara London kini mencatat kekalahan keenam final Piala Liga, tiga di bawah Arsene Wenger yang tidak pernah menjulang gelaran itu, manakala City mencatat tiga kejayaan dalam tempoh lima tahun.

“Anda tidak boleh katakan yang anda tidak kecewa apabila bolos seperti cara kami dibolosi. Namun anda mengambil baik dan buruk apabila menjadi pengurus dan itulah sebahagian daripada perlawanan.”

Bekas penyerang Tottenham Hotspur Teddy Sheringham memberitahu BBC:

“Jika Arsenal mahukan peluang hari ini mereka perlu bermain pada tahap sembilan per sepuluh dan saya tidak fikir mana-mana pemain Arsenal bermain lebih daripada lima per sepuluh. Tiada siapa yang beraksi dengan baik.

“Peminat Arsenal pastinya lebih kecewa dengan prestasi pasukan berbanding keputusannya.”katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN