Guardiola Mahu Tambah Lagi Koleksi Piala Untuk Manchester City

Kejayaan menjuarai Piala Carabao dilakarkan oleh Manchester City selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Arsenal hasil jaringan daripada Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva.

Kemenangan bermakna ini memberikan kejuaraan ke-5 buat Manchester City yang kali terakhir menjuarai piala tersebut pada musim 2015/16.

Pengurus City, Pep Guardiola melahirkan rasa gembira dengan piala pertama itu namun menegaskan ia adalah hadiah untuk semua pihak yang terlibat dengan kelab.

Beliau gembira dengan persembahan para pemainnya tapi berkata corak permainan di separuh masa pertama kurang memuaskan berbanding babak kedua yang lebih cemerlang.

“Ia penting untuk menjuarai piala ini kerana para penyokong kami amat gembira,” ujar Pep.

“Saya gembira untuk para peminat kami, para pegawai saya, para pemain, Sheikh Mansour dan Pengerusi Khaldoon Al-Mubarak.”

Ketika ditanya mengapa beliau kekal di padang perlawanan semasa piala dijulang, Pep menjelaskan:

“Kerana ia lebih bagus melihat dari bawah sini, anda dapat melihat segalanya lebih jelas.

“Separuh masa pertama ia tidak memuaskan, terlalu banyak kesilapan dilakukan dengan siri hantaran mudah, tapi pada babak kedua kami bermain lebih berani, lebih personaliti. Oleh sebab itu kami lebih mantap selepas rehat.

“Ia amat penting menjuarai piala ini selepas kami tersingkir dari Piala FA. Sayang kerana kami telah bermain selama 45 minit menentang Wigan dengan 10 pemain lawan 11 dan kami telah bermain dengan baik, tapi tidak bernasib baik tidak dapat layak seterusnya.

“Kejayaan ini bukan untuk diri saya, ia untuk Manchester City”.

Piala Carabao

Kejuaraan ini turut membuktikan bahawa kekalahan mengejut Piala FA di tangan kelab divisyen ketiga Wigan Athletic Isnin lalu sesuatu yang tidak disengajakan.

“Kami mempunyai musim yang hebat  dan kami perlu teruskannya,” kata pemain tengah kelab itu, De Bruyne.

“Kami sudah memiliki satu trofi dan kini kami perlu kekalkan fokus yang sama untuk Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

“Potensi kelab ini sungguh menakjubkan, cara kami bermain mungkin antara yang terbaik di dunia.”

Bek kanan Kyle Walker yang dibeli daripada Tottenham Hotspur dengan bayaran 50 juta pound (RM273.7 juta) menjulang gelaran pertamanya biarpun pernah tewas apabila diturunkan pada final kejohanan sama ketika mewakili Tottenham.

“Pencapaian kami musim lalu tidak begitu baik jadi adalah penting untuk memenangi trofi ini,” katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN