Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger percaya Mohamed Salah boleh menjadi sehebat penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi sekiranya penyerang Liverpool tersebut tidak terlalu obses untuk menjaringkan gol.
Wenger yang dikaitkan dengan beberapa jawatan jurulatih di peringkat antarabangsa percaya Salah boleh setanding Messi, tetapi masih memerlukan beberapa perkara lain untuk dilabel setaraf pemenang lima kali Ballon d’Or itu.
Menurut Wenger, Salah harus tahu membezakan keadaan yang sesuai untuk menjaringkan gol untuk dirinya, atau untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.
Arsene Wenger: “The difference between Mo Salah and Messi is that Messi can score and assist his teammates. Mo Salah loves scoring but he doesn’t like passing to his teammates.”
Wow. ? pic.twitter.com/tagiqak6On
— 360Sources (@360Sources) September 7, 2019
“Beliau hanya ketinggalan 20 gol [berbanding Messi], jika anda mahu jawapan yang konkrit,” ujar Wenger kepada BeiN Sports ketika ditanya perbezaan Salah dan Messi.
“Beliau sangat hampir seperti Messi, tetapi Salah masih perlu mencari konsistensi seperti yang dihasilkan oleh Messi.
“Saya melihat [Salah] mempunyai penyudah yang baik, tetapi Messi adalah pemain yang lengkap. Messi akan cenderung melakukan hantaran akhir, manakala Salah lebih obses untuk menjaringkan gol.
Is Mo Salah comparable to Lionel Messi?
Arsene Wenger believes so. pic.twitter.com/MFacubDl6r
— ESPN UK (@ESPNUK) September 7, 2019
“Dimensi permainan sedemikian hanya akan diperolehi dengan usia dan pengalaman. Iaitu untuk mengetahui saat terbaik untuk melakukan penyudah secara sendirian, ataupun untuk melakukan hantaran kepada rakan untuk melakukan penyudah.
“Saya sukakan beliau [Salah], beliau memiliki potensi yang besar.”
Dalam perlawanan menentang Burnley dimana Liverpool menang 3-0, Salah dikritik kerana gagal melakukan hantaran kepada Sadio Mane paa babak kedua perlawanan – walaupun rakan penyerangnya itu berada di kedudukan yang lebih baik untuk melakukan penyidah.
Walaupun Salah dilihat sebagai bintang utama dalam barisan serangan Liverpool, Mane dan Roberto Firmino turut menampilkan prestasi baik secara konsisten untuk skuad kendalian Jurgen Klopp.
“Kekadang anda terlupa pemain yang sentiasa berkorban untuk pasukan sebenarnya adalah Firmino,” jelas Wenger lagi.
Arsene Wenger on firmino;… I totally agree ??✅ pic.twitter.com/4C0LgWmDod
— MARK️™?? (@ItsMUNUVE) September 7, 2019
“Ia sama seperti apa Luis Suarez lakukan untuk Messi dan Neymar. Beliau adalah pemain yang melakukan tugas [berkorban] untuk pasukan, demi memastikan ahli pasukan yang lain menyinar.
“Pemain sebegini amat sukar untuk dijumpai – iaitu seorang penyerang yang amat murah hati.”
Sejak meninggalkan Arsenal pada 2018, Wenger dilihat mengelak untuk segera kembali ke bidang pengurusan, namun mengakui masih obses kepada bola sepak.