Wenger Mengamuk Dengan Penalti Watford! Cleverley Jaringkan Gol Kemenangan

Arsene Wenger agak bengang dengan keputusan pengadil menghadiahkan penalti kepada Watford untuk membolehkan Watford menyamakan kedudukan pada minit ke-71.

Selepas tamat perlawanan, Wenger berkata:

“Ia keputusan yang penuh skandal. Kita hanya mampu bercakap dan terus bercakap. Hakikatnya mereka tetap sudah menjaringkan gol.”

Watford menjaringkan gol lewat dalam 3 perlawanan berturut-turut. 3 gol lewat ini memberikan 7 mata daripada 9 kepada mereka.

Mereka menjaringkan gol kemenangan lewat ke atas Swansea, kemudian gol penyamaan lewat menentan West Brom sebelum ini. Kali ini mereka menang dalam gol masa kecederaan menentang Arsenal.

Arsenal terlebih dahulu meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-39. Mesut Ozil berpeluang menambah gol dalam kedudukan 1 lawan 1 pada minit ke 69.

Namun Ozil melakukan percubaan yang lemah untuk pemain dalam kualiti mereka. Hanya 90 saat daripada kegagalan Ozil ini, Watford dihadiahkan sepakan penalti. Dan ia disempurnakan oleh Troy Deeney.

Keputusan yang agak mengecewakan Wenger. Namun  FA England ada peraturan hukuman retrospektif, jika ia adalah ‘dive’.

Namun Watford memastikan mereka memulakan musim ini dengan baik apabila bekas pemain Manchester United, Tom Cleverley menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan minit ke-92+.

Ini adalah kemenangan pertama Watford ke atas Arsenal dalam EPL sejak 1987/88. Arsenal meneruskan rekod kurang buruk mereka di tempat lawan musim ini.

Kemenangan ini meletakkan Watford di tangga ke-4 dan Arsenal gagal memanfaatkan peluang di atas kekalahan Chelsea untuk memintas seteru mereka itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN