Wenger Beri Bayangan Maksimum 3 Pemain Baharu Sahaja Dibeli Pada Jendela Perpindahan Ini

Nampaknya, tiada revolusi besar-besaran di Arsenal pada musim baharu nanti.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendedahkan yang beliau hanya akan mengambil 2-3 pemain baharu sahaja untuk jendela perpindahan musim panas musim ini.

Hal ini kerana Arsenal tidak boleh berbelanja seperti kebanyakan kelab lain yang mempunyai sumber luar yang cukup banyak.

“Cuma 2 atau 3 pembelian baharu sahaja bakal dibuat pada jendela perpindahan musim panas nanti.”

“Hal ini kerana kita tidak boleh berbelanja seperti kelab lain. Sumber yang mereka ada seolah tidak terhad.”

Wenger juga berkata, berbelanja banyak tidak akan memberikan jaminan kejayaan kepada mereka.

“Kita boleh berbelanja banyak mana kita mahu. Tapi itu bukanlah jaminan kejayaan kita.”

“Apabila kelab membeli pemain berharga £40 juta, semua orang memberikan reaksi positif.”

“Tetapi apabila kelab membeli pemain berharga £2 juta, semua orang persoal sama ada pemain itu boleh main atau tidak?”

Beliau memberikan contoh pembelian Rob Holding yang dianggap oleh kebanyakan pihak sebagai bukanlah pembelian utama atau major signing.

“Tak semestinya apabila kita melakukan pembelian utama, harganya adalah tinggi. Ada saja pembelian utama yang rendah harganya.”

Setakat ini, Arsenal sudah pun mendapatkan Sead Kolasinac secara percuma. Ini telah menjadi 1 slot dari 3 pemain yang Wenger maksudkan sebagai maksimum itu telah terisi.

Jadi bagi mengisi baki kekosongan itu, Arsenal dijangka mendapatkan penyerang baharu selepas pemain seperti Lucas Perez dan Yaya Sanogo mahu pergi dari kelab tersebut.

Sejak mengambil alih Arsenal pada 1996, Wenger memang tidak berbelanja besar seperti pasukan-pasukan lain.

Dari fakta TransferMarkt, Wenger hanya menghabiskan sebanyak £687.4 juta dalam membeli pemain sejak 1996 hingga kini.

Ia berbeza dengan kelab-kelab lain seperti Manchester City yang menghabiskan £800 juta hanya selepas Sheikh Mansour mengambil alih kelab tersebut pada 2008!

Arsenal juga menerima £444.35 juta hasil daripada penjualan pemain mereka sejak 1996.

Ini termasuklah sewaktu Wenger secara konsisten menjual pemain-pemain utama kelab seperti Robin Van Persie, Samir Nasri dan juga Gael Clichy.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN