Juventus Terima €109 Juta Daripada Champions League, €28 Juta Lebih Daripada Real Madrid

Juventus mungkin tewas dan dimalukan di pelawanan akhir UEFA Champions League oleh Real Madrid di Cardiff, namun mereka tetap mempunyai sesuatu untuk digembirakan.

Hal ini kerana, mereka merupakan pasukan yang mempunyai jumlah wang kemenangan paling tinggi dalam kejohanan!

Juvnetus memperoleh wang dari kejohanan Eropah sebanyak €109 juta yang merupakan lebih banyak berbanding juara Real Madrid yang cuma memperoleh €80.9 juta sahaja.

Untuk rekod, ia adalah pertama kali sesebuah kelab di Eropah memperoleh jumlah wang kemenangan melebihi jumlah 100 juta.

Wang yang diterima ini adalah hasil daripada jualan tiket, pihak UEFA, para penaja dan juga hak penyiaran televisyen.

Tapi kenapa Juventus boleh dapat lebih?

Hal ini kerana, pecahan wang hak penyiaran kepada pasukan Itali lebih sikit berbanding pecahan wang hak penyiaran kepada pasukan England dan Sepanyol.

Ia berlaku kerana negara seperti England dan Sepanyol mempunyai 4 pasukan di dalam saingan UCL. Jadi, wang hak penyiaran terpaksa dikongsi oleh 4 pasukan.

Sementara Itali cuma mempunyai 2 wakil sahaja iaitu Juventus dan Napoli. Jadi pecahan wang hak penyiaran itu hanya dikongsi sama rata oleh kedua-dua pasukan.

Untuk rekod juga, Napoli yang tewas di pusingan 16 pasukan terbaik menerima jumlah wang lebih tinggi berbanding Atletico Madrid.

Napoli menerima €65.7 juta sementara Atletico Madrid cuma menerima €59.9 juta sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN