Bukan lagi rahsia yang ramai penyokong Arsenal mahukan pengendali legenda mereka. Kemenangan ke atas AC Milan pada pertengahan minggu lalu memberikan sedikit senyuman kepada Wenger dan Arsenal.
Ini selepas mereka bergelut dengan prestasi. Dalam satu undian yang dijalankan oleh Arsenal Supporters’ Trust, 88% mereka mahukan Wenger meninggalkan kelab pada akhir musim ini.
Mereka tak setuju Wenger dipecat sebelum tamat musim kerana Wenger adalah pengurus yang banyak berjasa kepada mereka. Kontrak semasa Wenger akan berakhir selepas tamat musim 2018/19.
Ini selepas Wenger melanjutkan kontrak beliau 2 musim lagi pada tahun lalu. Wenger kemudiannya menyatakan, hilang kerja di Arsenal sebagai kerisauan terakhir dalam senarai semak beliau.
Bercakap kepada Sky Sports, Arsene Wenger menyatakan beliau juga baru menerima mesej sokongan daripada seteru lama dan kawan beliau, Alex Ferguson.
“Setiap pengurus akan memberitahu anda perkara ini apbila mereka gagal dapatkan keputusan yang baik. Perkara pertama yang akan terkesan adalah mood, kurang tidur sebab mereka bersungguh-sungguh mencari solusi.”
“Namun semua ini, sebahagian daripada kerja kami. Apabila anda pengurus muda, anda akan mengimpikan untuk memenangi segalanya dalam bola sepak.”
“Sebenarnya bukan begitu, ianya adalah tentang kemampuan untuk terus hidup (survive) ketika dalam keadaan sukar dan cuba mencari solusi. Itu yang menarik dan akan menjadikan kamu pengurus yang lebih baik.”
“Saya mendapat banyak mesej sokongan daripada orang di sekeliling saya dan mereka memberitahu yang saya harus kekal. Saya berasa berterima kasih kepada sokongan mereka.”
“Kami semua melalui semua itu dan anda harus mengambil sedikit perspektif. Kami bermain di final berhadapan dengan pasukan terbaik di negara ini buat masa ini.”
“Saya banyak berhubung dengan pegurus yang ada sekarang serta pengurus yang terdahulu. Saya berhubung rapat dengan Ferguson buat masa ini.”
“Fergie akan menghantar mesej sokongan apabila mengetahui keadaan kurang memihak kepada saya.”
“Kita semua tahu, kami semua dalam bot yang sama. Saya tahu yang setiap pengurus ada masalah mereka tersendiri setiap hari.”
“Kami (pengurus) ada solidariti yang kuat dan saling menyokong antara kami. Saya sudah mengendalikan 820 perlawanan EPL dan 200 perlawanan Eropah. Dan mustahil untuk anda tidak melalui penderitaan. Anda harus menderita.”
“Ya, kritikan itu menyakitkan. Jujurnya saya boleh menjarakkan diri dengannya. Mereka kritik bukan sebab mereka benci anda sebagai manusia tetapi mereka mengkritik seorang pengurus yang gagal memberikan yang terbaik.”
“Saya hanya sedih bila kalah sebab saya bukan dilatih untuk itu ketika mulai menjadi jurulatih. Saya juga nak menang dengan gaya serta penuh cita-cita bukannya dengan menderita.”
“Arsenal hari ini ada 30 juta orang dan saya mahu 30 juta orang itu gembira.”