Arsene Wenger bergegas menuju ke arah Mike Dean sebaik sahaja tamat perlawanan. Beliau mempertikaikan penalti yang dianugerahkan kepada West Brom.
Arsenal diikat 1-1 oleh West Brom pada minit ke-89 dalam perlawanan ke-811 Arsene Wenger bersama Arsenal di EPL. Rekod ini membolehkan Wenger kini pemegang rekod pengurus paling banyak terlibat dalam perlawanan EPL mengatasi Sir Alex Ferguson.
Arsene Wenger makes #PL history 🙌 pic.twitter.com/uE6BKTU9aq
— Premier League (@premierleague) December 31, 2017
Keputusan kontroversi Mike Dean itu berlaku apabila pengadil itu merasakan yang bola terkena Calum Chambers.
Pemain-pemain Arsenal membantah keputusan itu. Petr Cech turut dilayangkan kad kuning kerana berbuat demikian. Jay Rodriguez tidak ada masalah untuk menyempurnakannya.
Sebelum itu, Arsenal mendahului selepas sepakan percuma Alexis Sanchez terbias pada McClean pada minit ke-83.
Keputusan seri ini membuatkan West Brom kini sudah 19 perlawanan liga tanpa sebarang kemenangan. Namun Alan Pardew berpuas hati dengan 1 mata daripada perlawanan ini.
Arsenal menguasai sebahagian besar perlawanan ini namun mencatatkan jumlah percubaan gol yang sama dengan West Brom iaitu 14. Cuma bezanya, Arsenal lebih 1 percubaan tepat berbanding dengan West Brom dengan 4 yang dicatatkan.
West Brom masih kekal di zon penyingkiran. Manakala Arsenal kini 3 mata dipisahkan daripada Liverpool yang berada di tangga ke-4.
Asenal akan berhadapan dengan Chelsea selepas ini, manakala West Brom akan bertemu dengan West Ham United.
ArsenalWestBrom from Ahmad Muzammil on Vimeo.