Beto Tidak Faham Kenapa Beliau Disisihkan Oleh Ong Kim Swee

Pemain tengah Perak, Khairul Anuar yang lebih dikenali Beto seakan-akan tidak percaya nama beliau tidak disenaraikan dalam kejohanan Piala AFC B-23 tahun yang akan berlangsung di China tidak lama lagi,

Ini adalah kali kedua beliau tidak disertakan di dalam skuad B-23 selepas Sukan SEA yang lalu, di mana skuad Malaysia memenangi pingat perak.

Beto tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak termasuk Datuk Ong Kim Swee. Cuma beliau berasa terkejut dan perlukan penjelasan tentang di mana silap beliau sehinggakan gagal untuk berada di dalam pasukan.

Datuk Ong Kim Swee(Coach),during 2018 AFC U-23 CHAMPIONSHIP QUALIFIERS match Group H on 23 July 2017 at Supachalasai National Stadium Bangkok Thailand Photo by Mohammad Nur Ridzuan /www.asiana.my

Beto telah menjadi pemain penting dalam pasukan Perak pada musim lalu. Dipetik daripada sumber Stadium Astro, pemain The Bos Gaurus ini berkata:

“Saya tidak pasti apa salah saya tidak terpilih ke China. Saya telah berusaha yang terbaik untuk beraksi bersama skuad B-23.”

“Ternyata ia amat mengecewakan kerana ini merupakan kali terakhir saya beraksi dalam saingan peringkat umur.”

Datuk Ong Kim Swee sebelum ini memberitahu bahawa 3 nama digugurkan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Selain daripada Beto, 2 lagi pemain turut digugurkan iaitu Raphi Azizan Mariappen dan K. Thivandaran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN