Shahrel Fikri Mahu Ke JDTII, Tunggu Tawaran Rasmi

Musim 2017 adalah musim yang akan diingati oleh penyerang bernama Shahrel Fikri. Beliau berjaya membantu PKNP menjadi pesaing kejuaraan Liga Premier dalam penampilan sulung mereka.

Lebih manis apabila PKNP FC diberikan tiket Liga Super 2018 bersama-sama dengan pasukan Negeri Sembilan. Ini selepas Felda United tidak memiliki lesen Liga Super dan T-team ditukarkan kepada Terengganu FC II yang menjadi kelab pembekal kepada pasukan Terengganu FC I.

Shahrel Fikri turut dianugerahkan sebagai Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017. Kini Shahrel Fikri sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Bercakap kepada MStar Online, penyerang ini menyatakan yang beliau memang ingin ke JDTII untuk musim hadapan.

Shahrel Fikri
Kredit foto : PKNP FC

“Buat masa ini perancangan memang untuk ke Johor Darul Ta’zim II (JDT II). Cuma masih menunggu tawaran rasmi.

“Saya sudah memberi fokus bagi persiapan mental dan fizikal untuk bermain dengan kelab besar.”

Beliau mengakui beberapa lagi pasukan besar di dalam Malaysia juga cuba mendapatkan khidmat beliau. Namun penyerang berusia 23 tahun ini memberitahu yang beliau masih ada baki kontrak sehingga 2019.

“Saya akan memilih pasukan yang sedia menebus kontrak saya bersama PKNP FC sehingga 2019.”

Shahrel Fikri yang juga pernah dipanggil ke dalam skuad kebangsaan. Beliau berharap pada tahun 2018, beliau akan menjadi pemain penting dalam skuad Harimau Malaya.

Shahrel Fikri menjaringkan 11 gol dalam Liga Premier musim lalu untuk PKNP FC.

Adakah hasrat Sharel Fikri untuk menyertai pasukan yang berpangkalan di Selatan tanah air itu akan tercapai?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN