Quantcast
Wayne Rooney Tampar Bintang WWE Kerana Kutuk Penyerang Manchester United
BERITA

Wayne Rooney Tampar Bintang WWE Kerana Kutuk Penyerang Manchester United

Tuesday, 10 Nov 2015

“Saya boleh bawa awak masuk gelanggang supaya kita boleh lawan seperti lelaki. Tapi saya saja tak mahu kerana saya tak mahu anak awak tengok ayahnya gagal di depan matanya sendiri.”

Begitulah kutukan bintang WWE, King Wade Barrett terhadap salah satu penonton WWE Monday Night Raw yang juga merupakan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

“Terima sajalah kenyataan. Anak awak selalu tengok ayahnya gagal setiap kali awak masuk ke padang bola!” sambung King Barrett lagi.

[fbvideo link=”https://www.facebook.com/wwe/videos/10153353619586443/” width=”500″ height=”400″ onlyvideo=”1″]



Mendengar kutukan tersebut, Rooney bangun daripada kerusinya dan mengajak Barrett turun dari gelanggang untuk bergaduh.

Barrett menyahut cabaran Rooney dan terus mengutuk penyerang United tersebut. Secara tiba-tiba, Rooney mengangkat tangan dan menampar bintang WWE tersebut sehingga jatuh ke lantai.

[fbvideo link=”https://www.facebook.com/wwe/videos/10153353639121443/” width=”500″ height=”400″ onlyvideo=”1″]



Seperti aksi gusti WWE yang lain, aksi tampar ini sudah pastilah hanya lakonan sahaja. Rooney hadir ke WWE Monday Night Raw yang berlangsung di Manchester dengan anak sulungnya, Kai, Ryan Giggs dan Darren Fletcher.

‘Pergaduhan’ antara Barrett – yang juga penyokong tegar Preston North End – dan Rooney sebenarnya sudah bermula sejak Febuari 2015 yang lepas.

Dalam perlawanan menentang Preston dalam FA Cup, Rooney didakwa berpura-pura jatuh untuk mendapatkan penalti. Pengadil menghadiahkan penalti dan United menang 3-1.

Selepas perlawanan tersebut, Barrett mula mengutuk Rooney kerana ‘diving’.

Rooney kemudiannya membalas tweet Barrett dan mengancam untuk memanggil Stone Cold Steve Austin (yang sedang bersara) untuk membelasah Barrett.

Baca juga: Penyokong Manchester United Kutuk Persembahan Wayne Rooney Di Moscow

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik