Penyerang DC United, Wayne Rooney menyalakan keyakinan bahawa dirinya masih cukup bagus untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Rooney yang memegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman buat England dengan 53 gol itu berhijrah daripada Everton pada Jun tahun lalu untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah di DC United.
Bersama kelab yang berpangkalan di Washington itu, Rooney berjaya menjelmakan impak positif setelah membantu DC United keluar daripada dasar liga untuk layak ke pusingan play-off.
Beliau turut menjaringkan 12 gol serta mencipta enam bantuan jaringan dalam 21 penampilannya bersama pasukan.
”Sekiranya saya berlaku jujur, saya mengetahui kualiti dengan bijak, saya masih boleh beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.”
”Saya tahu mengenainya. Saya merupakan seorang yang sentiasa yakin dan saya mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap diri saya sendiri.”
”Saya datang ke sini dengan harapan untuk melakukan dengan baik dan saya fikir ada kejutan dari orang yang mempunyai pendapat mereka, yang cukup adil tetapi saya tidak sama sekali meragui diri sendiri.”
Wayne Rooney memulakan perjalanan profesional bersama Everton (2002) dan memilih untuk ke Old Trafford bagi menjadikannya sebagai seorang peledak digeruni di dunia.
Selepas 13 musim menikmati karier gemilang bersama The Red Devils, beliau kembali semula ke Goodison Park selama semusim sebelum membuat keputusan berkelana ke Amerika Syarikat.